Retak Seribu

Semalam cermin belakang JLW retak seribu. Ada orang tengah potong rumput di kawasan tu. Jadi, sah dah terkena batu terbang.

Alhamdulillah, mereka mengaku. Cuma penyelia mereka minta kereta di hantar ke bengkel di Johor Jaya untuk dibaiki. Jauh juga tu.

Sementara ni, tuan besar tampal dulu dengan selotep. Nanti berkelapangan baru hantar. Kebelakangan nie banyak sangat kerja. Tak boleh nak selit-selit lari.

Tinggalkan Komen

Filed under Uncategorized

Kek cawan oren

Bahan-bahan:

  • 250 gram mentega
  • 250 gram tepung naik sendiri (ayak sebanyak 3 kali)
  • 180 gram gula pasir (blender sehingga halus)
  • 1/4 cawan susu cair
  • 4 sudu perisa oren
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 5 biji telur ayam gred C

Cara-cara membuatnya:

  1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
  2. Masukkan telur satu persatu.
  3. Masukkan susu cair, esen vanilla dan perisa oren.
  4. Masukkan tepung naik sendiri sedikit demi sedikit.
  5. Masukkan adunan ke dalam cawan kertas kecil.
  6. Bakar dengan suhu 1700C selama 15 minit.

Tinggalkan Komen

Filed under Resepi

Syawal 1432H

Hari ini hari Jumaat. Hari terakhir kerja untuk bulan nie. Isnin dah mula cuti sehingga Jumaat. Dijangkakan aidilfitri tahun ini jatuh pada hari Selasa 30hb Ogos.

Kali ini berjaya mengurangkan aktiviti pembelian biskut raya. Alhamdulillah, berjaya siapkan 3 jenis biskut. Cornflakes madu, tat nenas & biskut chocolate chips. Kerja aku mengadun jer. Kerja-kerja mencetak dan membakar diuruskan oleh tuan besar. Uhu sangat sayang kepada tuan besar saya. Muahs. Tahun depan kita tambah jenis lagi boleh?

Insya-Allah jika tiada aral dan sempat menyelesaikan kerja-kerja mengemas, esok akan bertolak ke Kelang. Tahun nie giliran beraya di rumah mertua. Raya ke-3 baru bertolak ke Simpang Rengam. Semoga perjalanan kami dipermudahkan. Amin.

Akhir kata, Selamat menyambut Syawal yang mulia.

Tinggalkan Komen

Filed under Uncategorized

Ramadhan kali ini…

Ramadhan 1432, aku dalam keadaan yang sarat membonyot[1]. Semua aktiviti dirasakan sangat perlahan. Nak kata macam sloth[2] pon ada ehe. Sungguh tak produktif.

Hari nie masuk Ramadhan yang ke-19. Kira-kiranya 10 malam yang akhir sudah bermula.

Sesungguhnya, satu-satunya amalan berpahala yang aku banyak buat Ramadhan kali ini ialah… tiduuuuur.

“Ya Allah, berilah kekuatan untuk aku meningkatkan amal di sepanjang 10 malam yang akhir ini. Amin.”

Nota kaki

[1] Setiap kali giliran beraya di rumah mertua mesti aku tengah mengandung hahaha.

[2] Apa itu sloth?

Tinggalkan Komen

Filed under Uncategorized

Keliru atau melulu?

Tak tahu nak kategorikan sebagai apa. Keliru atau lidah terlebih melulu. Kadang-kadang Na`im tak dapat nak mengikut perkataan tertentu dengan betul. Begitu juga Muaz.

Semalam ke kedai fotostat untuk buat salinan borang peraduan [1]. “Mak nak pergi mana?”. “Fotostat”.”Hah? potongstraight?”. Dah beberapa kali betulkan pon tak berapa nak betul. Mungkin ayat yang sepatutnya digunakan ialah “mak nak pergi buat fotokopi”. Ehehe.

Muaz pula selalu menyelitkan huruf “n” ke dalam mana-mana perkataan yang dia berkenan. Contohnya, perkataan “betul” akan jadi “bentul” dan “botol” akan jadi “bontol”.

Emm kalau dikaji-kaji lah cara pertuturan mereka nie, macam ada pengaruh Kelantan (Na`im) dan Terengganu (Muaz) pulak. Masalahnya, mak bapak Jawa Johor & Selangor… hahaha.

Nota kaki:

[1]  Peraduan “Minum banyak, menang banyak

Tinggalkan Komen

Filed under Uncategorized

Keliru

“Muaz tu apa?”

“Kambing!”

Itu bukan kambing, itu kuda!

“ooOOoO”

Hari lain.

“Muaz tu apa?”

“Tu kuda”

Bagus, nampaknya Muaz dah dapat bezakan mana satu kuda, mana satu kambing.

Test lagi.

“Muaz, tu apa?”

“Itik”

‘Hahahahaha! Tu bukan itik, tu burung!”

“ooOoooO”

Tinggalkan Komen

Filed under Uncategorized

Tambah sorang lagi…

Testing testing…

2 Komen

Filed under Uncategorized

Loading…

Kalau ikut EDD (Expected Due Date) yang ditulis kat buku merah tu hari ni. Tapi nampak gaya macam tak aje.

Pagi tadi pergi check-up, doktor bagi tempoh sampai 26hb. Kalau dah sakit sebelum 26hb bolehlah ke Hospital Kulai. Tapi kalau 26hb masih tegak berdiri lagi silalah ke Hospital Sultanah Aminah…

Emm… baby sayang nak keluar bila nie?

2 Komen

Filed under Uncategorized

Aidilfitri 1430H

Terlalu banyak peristiwa yang berlaku, terlalu cemburu masa untuk membenarkan sebarang catatan dibuat di sini.

Apa yang pasti, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Tiada yang kebetulan, semuanya adalah ketentuan. Sesungguhnya, segala yang baik datang daripada Allah swt, dan segala kekurangan itu datangnya daripada kelemahan diri kita sendiri…

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Dengan ingatan tulus ikhlas, maaf zahir dan batin.

Tinggalkan Komen

Filed under Uncategorized

3 tahun la!

IMG_1843 (2)

Anak sayang abah dan  mak ni dah 3 tahun dah hari ni. Mak dan abah doakan semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa di bawah lindungan Allah swt.

Jadi abang yang baik juga tau! Ni bulan 11 nanti nak dapat adik baru…

4 Komen

Filed under Uncategorized