Archive for 26 Disember 2006
Kebanjiran
Johor masih hujan. Kalau ikut ramalan, sampai ke Hari Raya Aidil Adha nanti hujannya. Kalau tak hujan petang dan malam, hujan akan turun sepanjang hari. Siap ribut petir lagi petang awal tahun 2007 nanti.
Alhamdulillah, Taman Teratai tidak dilanda banjir. Cuma, ehe BDT pulak yang kebanjiran. Getah cermin dah kembang agaknya. Soyok pulak hanya separuh. Jadi bila hujan agak lebat, menitis jugalah air ke dalam kereta. Emm rasa macam kelakar pun ada. Orang timba perahu, kami timba kereta. Adoilah, dalam cuaca lembab gini baunya jangan cerita. Kepam habis.
Moga-moga cuaca akan elok 2-3 hari lagi nanti. Dapat lah balik beraya di Kelang. Dah rindu sangat dengan keluarga di Kelang sebenarnya. BDT, sabar ye. 2-3 hari nanti insya-Allah dapat tayar baru. Kita balik Kelang sama-sama. Pesan kat enjin jangan nakal-nakal!.
Buat mangsa banjir, bersabarlah. Setiap musibah yang melanda, ada hikmah yang tidak terduga.
Add comment Disember 26, 2006