Archive for 27 April 2007

Virus apakah itu?

PC Encik Z kena virus. Tak tahu virus apa sebab Encik Z dah clean dulu sebelum aku ambil alih proses seterusnya. Encik Z kata Microsoft Officenya tidak boleh dibuka.

Memang betul tak boleh dibuka. Akan ada pop-up yang akan kata bahawa anda tidak mempunyai kuasa untuk menggunakan program ini setiap kali sebarang dokumen Office hendak dibuka.

Jadi aku pun cuba jaya (Inilah cara yang aku gunakan setiap kali me’repair’ PC. Sebab? walaupun masalahnya kelihatan sama, langkah-langkah yang aku ambil untuk normalkan semula PC yang sakit mesti akan berbeza! Percayalah…)

  1. Uninstall Microsoft Office yang lama dan install yang baru. Tak berjaya. Pop-up yang sama keluar.
  2. Cuba tukar antivirus dari McAffee ke Sophos sebab rasanya McAfee tak clean habis virusnya. Pun tak berjaya sebab tak boleh nak scan. Pop-up kata aku bukan admin?
  3. Apa? bukan admin? sedangkan aku login sebagai ‘Administrator’. Nampaknya virus itu sudah ubah registry. Aku tak boleh buat kerja-kerja admin. Nak transfer dari Desktop ke drive lain pun tak boleh. Nak tengok Task Manager pun tak boleh, inikan pula nak edit registry.
  4. PC ini nampaknya memang perlu diformat semula.
  5. Reinstall Windows 2000. Yeh! berjaya dapat ‘kuasa’ semula. Transfer mana yang perlu.
  6. Kena buat clean installation juga. Format semula drive c dan install semula Windows 2000.
  7. Install semula mana-mana program yang patut.
  8. Internet tak jalan sedangkan IP dah dapat. Mungkin sebab aku install antivirus dulu baru update servicepack.
  9. Jadi, uninstall dan install semula antivirus.
  10. Alhamdulillah semua masalah selesai.
  11. Sekian, terima kasih.

Add comment April 27, 2007


Mutiara kata

"Permudahkanlah, janganlah menyusahkan. Tenangkanlah dan janganlah melakukan sesuatu yang menyebabkan orang menjauhkan diri dari kamu" | Riwayat al-Bukhari & Muslim

Taqwim Masihi

April 2007
I S R K J S A
« Mac   Mei »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Berita Online

Blogroll

cheura@?

Fotopages

Stuff

WebM@il

Meta

LOST

"Some where between sunrise and sunset - 1 golden hour encrusted with 60 silver minutes, each studded with 60 diamond seconds. No reward is offered. They are lost and gone forever" | unknown

Blog Stats

Arkib

Kiriman Terbaru

kategori