Archive for Mei 2007

Kurang zat makanan

Ingatkan kanak-kanak di Afrika sahaja yang mengalami masalah kekurangan zat makanan ni tapi rupa-rupanya di Malaysia pun ada.

Bawa Na`im ke klinik untuk suntikan setahun. Kena timbang berat sekali. 7.2 kg sahaja? Sepatutnya berat Na`im 3 kali ganda berat semasa lahir (2.85 kg x 3 = 8.55 kg). Rasanya kalau abah Na`im yang pegang masa tu tak lah ketara sangat Na`im ni kudut. Tetapi disebabkan maknya yang bagak mendukung masa tu, kekecilan Na`im agak ketara ehehe.

Sebenarnya Na`im dah terbiasa dengan susu badan. Disebabkan adiknya sedang membesar di dalam perut, dicadangkan agar susu badan ditampung dengan susu formula. Proses peralihan ini yang menyebabkan beratnya susut mendadak. Dia lebih rela minum air masak berbanding susu formula tersebut.

Emm… tak apalah. Selagi dia rajin makan dan cergas serta sihat, tak ada apa yang perlu dirisaukan sangat.

6 comments Mei 23, 2007


Mutiara kata

"Permudahkanlah, janganlah menyusahkan. Tenangkanlah dan janganlah melakukan sesuatu yang menyebabkan orang menjauhkan diri dari kamu" | Riwayat al-Bukhari & Muslim

Taqwim Masihi

Mei 2007
I S R K J S A
« Apr   Jun »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Berita Online

Blogroll

cheura@?

Fotopages

Stuff

WebM@il

Meta

LOST

"Some where between sunrise and sunset - 1 golden hour encrusted with 60 silver minutes, each studded with 60 diamond seconds. No reward is offered. They are lost and gone forever" | unknown

Blog Stats

Arkib

Kiriman Terbaru

kategori