Archive for Februari 2008
Leap, leap year…
Tahun lompat yang lepas, aku berhijrah ke sini. Tahun lompat kali ini aku akan berhijrah lagi. Mulai minggu hadapan, aku akan bertugas di tempat baru, suasana baru dan akan bertemu dengan rakan-rakan baru…
Semoga semua urusan dipermudahkan Allah swt!
2 comments Februari 29, 2008
D`3 St00ges-ku demam
Abah = batuk terkokol-kokol + demam dedar-dedar + selsema
Na`im = batuk sikit-sikit + demam dedar-dedar + selsema kejap ada kejap takde
Muaz = demam (sebab suntikan berkombo 3 bulan) + selsema (?) + batuk kokol-kokol
Emak = demam + batuk juga disebabkan oleh mereka di atas!
Sabar ye sayang-sayang busyuk semua. Sakit tu kan kifarah…
Add comment Februari 22, 2008
Pandanglah… lihatlah…!
Ehem-ehem. Seronok bercuti panjang nooo… Pandanglah lihatlah pinggangku yang ramping dan perut ku yang agak buncit ehehe.
Alhamdulillah. Muaz Muhammad telah selamat dikeluarkan (orang Sime Sembawang selalunya akan guna istilah ‘loading’) ke dunia. Ukuran agak besar berbanding abang namun semuanya berjalan lancar. Bersalin di Hospital Temenggung Seri Maharaja Tun Ibrahim. Layanan kat sana memang best! First class!. Dan dengan bayaran hanya serendah RM 33.00 sahaja. Emm sapa kata bersalin di hospital kerajaan satu mimpi ngeri?.
Hari ni hari pertama masuk kerja… okeh. Berhenti di sini dulu. Kita sambung kerja! kerja! kerja! (yeah Meet Uncle Hussain).
1 comment Februari 4, 2008