Posts filed under 'Uncategorized'
Loading…
Kalau ikut EDD (Expected Due Date) yang ditulis kat buku merah tu hari ni. Tapi nampak gaya macam tak aje.
Pagi tadi pergi check-up, doktor bagi tempoh sampai 26hb. Kalau dah sakit sebelum 26hb bolehlah ke Hospital Kulai. Tapi kalau 26hb masih tegak berdiri lagi silalah ke Hospital Sultanah Aminah…
Emm… baby sayang nak keluar bila nie?
1 comment November 19, 2009
Aidilfitri 1430H
Terlalu banyak peristiwa yang berlaku, terlalu cemburu masa untuk membenarkan sebarang catatan dibuat di sini.
Apa yang pasti, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Tiada yang kebetulan, semuanya adalah ketentuan. Sesungguhnya, segala yang baik datang daripada Allah swt, dan segala kekurangan itu datangnya daripada kelemahan diri kita sendiri…
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Dengan ingatan tulus ikhlas, maaf zahir dan batin.
Add comment September 18, 2009
3 tahun la!
Anak sayang abah dan mak ni dah 3 tahun dah hari ni. Mak dan abah doakan semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa di bawah lindungan Allah swt.
Jadi abang yang baik juga tau! Ni bulan 11 nanti nak dapat adik baru…
4 comments April 23, 2009
Yang suka & duka 2009
01-01-2009 – +ve 6 weeks pregnant
26-01-2009 – +ve complete miscarry
… di rumah. Cuti sampai hujung minggu depan. Na’im dan Muaz hantar ke rumah babysitter. Bosan juga berpantang sorang-sorang kat rumah.
Lepas Asar jer dah mula tercongok-congok tunggu wajah-wajah tersayang muncul walaupun tahu mereka akan balik bila hampir Maghrib nanti…
2 comments Januari 30, 2009
4 tahun dah…
Add comment Disember 12, 2008
Apa ada pada 34?
Selamat Hari Lahir buat suami tersayang. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, ditetapkan iman & sentiasa berada di bawah limpah rahmat Allah swt.
Add comment Disember 11, 2008
Selamat Hari Lahir!
Dah setahun anak mak ni mengenal dunia fana… Mak doakan moga Muaz menjadi anak yang soleh, dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki serta sentiasa berada di bawah limpah rahmat Allah swt.
Add comment November 20, 2008
LPPT
Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LPPT)? Macam kelakar aje dengar. Kali pertama isi borang ni setelah 10 tahun kejap kerja kejap tak kerja. Tak banyak perkara nak diisi tetapi remeh sebab nak kena ingat apa dah dibuat sepanjang tempoh berkhidmat bermula 3hb Mac 2008.
Tak ada buat catatan ke? Banyak sangat tempat sampai tak dapat nak trace yang mana satu yang betul. Kejap kat buku 555, kejap kat diari rasmi, kejap kat buku catatan mesyuarat … hahaharu!
Kesimpulannya, kena kuatkan juga semangat untuk catat di blog. Ada ke kesempatan?. 5.00 petang dah abis kerja sebenarnya. Dalam 6.30 petang dan ke atas baru Tuan Besar datang jemput. Jadi, ikutkan ada masa untuk buat kemaskini di situ?… Nak seribu daya, tak nak seribu dalih.
Notakaki
Tapi, pukul 5.00 petang dan ke atas tu lah masa untuk buat kerja-kerja rasmi. Masa-masa lain sibuk ‘service’. Unit IT lah katakan. Tapi kalau tengok gaya kerja dah macam unit tugas-tugas khas!.
Add comment November 13, 2008
Raja Kapoor!
“Siapa kao?”
“Akulah keturunan raja!”
“Raja apa?”
“Raja Kapoor!”
“Hei Raja Kapoor!”
“Ya!”
“Kenapa muka kao macam tepong gomak?”
“Apa daa gomak…”
Notakaki
“Ini cat ke kapur?”
“Bedak Tuan!”
3 comments Oktober 30, 2008