Biskut Chocolate Chips

Biskut kegemaran encik suami dan anak-anak. Resepi asal daripada ibu mertua menggunakan sukatan oz. Memandangkan agak payah nak timbang-menimbang nie apatah lagi menggunakan sukatan US, resepi tersebut telah saya ubahsuai sesedap rasa menyukat. Diharapkan rasanya masih memikat🙂

Bahan-bahannya:

  • 250 gram butter
  • 2 cawan gula perang
  • 2 1/2 cawan tepung gandum*
  • 1 sudu teh baking powder*
  • 1 sudu teh soda bikarbonat*
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 cawan choc chips
  • 1 cawan badam cincang (bakar sebentar)

* ayak bersama

Cara-cara membuatnya:

  1. Panaskan oven kepada suhu 180’C
  2. Pukul gula perang dan butter sehingga sebati.
  3. Masukkan telur dan esen vanilla. Gaul sebati.
  4. Masukkan campuran tepung gandum, baking soda dan baking powder sedikit demi sedikit.
  5. Masukkan badam cincang dan choc chips.
  6. Sudu adunan kecil-kecil dan susun di dalam dulang pembakar.
  7. Bakar selama 10-15 minit atas sehingga masak.

Biskut Cornflakes Rangup

Biskut ini merupakan biskut rasmi rumah Lela. Kalau beraya di rumah dia, memang tak raya lah kalau biskut nie tak ada. Sangat sedap kerana harum mentega tulin yang digunakan dan rangup cornflakes yang menyalutinya…

Bahan-bahan:

  • 250 gram mentega tulin (suhu bilik)
  • 1 cawan gula perang/castor
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 3 cawan cornflakes
  • 1/4 cawan choc chips (pilihan)

Cara-cara membuatnya:

  1. Panaskan oven kepada suhu 170’C.
  2. Pukul gula dan mentega sehingga lembut dan sebati.
  3. Masukkan telur dan esen vanilla.
  4. Masukkan tepung, choc chips dan 1 cawan cornflakes yang telah dihancurkan.
  5. Gaul sebati.
  6. Bulat-bulatkan adunan dan golekkan ke dalam baki 2 cawan cornflakes.
  7. Susun di dalam dulang pembakar dan bakar selama 10-12 minit.

Urusan di Tabung Haji

Alhamdulillah.

Kalau dirancang-rancang tak menjadi sokmo. Semalam, main terjah jer. Since abang pon tak kerja hari Ahad, so ambil lah 4 jam petang.

Pergi Bangunan IFIC kat Jalan Sungai Molek. Nak ke Bank Islam juga. Mudah ke sini sebab dua-dua kaunter ada. Dan dua-dua kaunter dibuka pada hari Ahad.

Ke kaunter Bank Islam dulu. Mohon penyata baki pembiayaan rumah untuk urusan pengeluaran kat KWSP nanti. Akan sedia dalam masa 7 hari bekerja. Insya Allah. Next week boleh ambil.

Ke kaunter Tabung Haji pula. Akhirnya selesai urusan buka akaun Tabung Haji untuk anak-anak. Selesai juga urusan daftar haji mak bapaknya.

Allah. Allah. Giliran pergi ke haji tahun 2071. Kalau ikut kiraan kalkulator, umur dah 96 masa nie. Tak apalah. Daftar dulu. Usaha cukupkan perbelanjaan pula. Jika diizinkan, sampai lah ke Mekah nanti insya Allah.

Notakaki:

Daftar haji boleh dibuat tanpa perlu ada RM 1300.00 di dalam akaun Tabung Haji dengan syarat:

  1. Ada simpanan di KWSP
  2. Jumlah simpanan di Akaun 1 = RM 1300 ke atas

Cara daftar:

  1. Print salinan penyata KWSP. Print online di http://www.kwsp.gov.my atau di mana-mana kiosk KWSP.
  2. Bawa salinan penyata dan buku akaun Tabung Haji ke kaunter Tabung Haji berhampiran.

Kenari, si hitam manis…

Alhamdulillah, semalam selesaikan segala urusan yang berkaitan. Hari ini pergi kerja naik Kenari. Kita hantar Anas ke tadika. Abang hantar Widad ke rumah babysitter.

Semak kehadiran di sistem, alhamdulillah juga dapat hadir on time!. Moga selepas ini tiada lagi DLTA. Insya-Allah.

Wahai Kenari si hitam manis, kamu baik-baik saja yer duduk dengan kami. Kami akan jaga kamu elok-elok.

Beg baru!

20131130-095955.jpg
Sempat ke JPO tengahari semalam. Gunakan masa rehat di hari Jumaat bekerja sebelum Jumaat menjadi hari tidak bekerja pada tahun hadapan.

Dah lama berhasrat nak cari beg baru sebab beg lama yang sebelah kanan tu telah berkhidmat hampir 3 tahun lebih. Dah comot sangat.

Alhamdulillah, Fossil ada SALE. Sambar satu! Terima kasih kepada Puan HAR yang menemani dan kepada salesgirl bernama Sei Jun yang sangat-sangat gwiyomi. Muka ala-ala Korea gitu!