Nasi ambang low budget

Sejak tak duduk di Taman Sri Pulai, lama sangat dah rasanya tak makan nasi ambang. Dulu selalunya setiap ahad akan ke pasar tani Taman Sri Pulai untuk dapatkan bekalan nasi ambang ni. RM 2.00 je tapi boleh lah. Takat lauk basic macam ayam masak kicap, serunding, sambal goreng, dan ikan kering tu kira orait lah.

Tapi baru ni nampaknya dah tak kempunan lagi. Dah 3 hari asyik makan nasi ambang aja. RM 1.50 aja. Makcik cleaner FPPSM yang masak. Walaupun lauknya hanya 3-4 jenis je dan secipot-secipot tapi sedap dan puas hati makan … kenyang!. Nasi lemak makcik ni pun sedap juga.

Emm nampaknya lepas ni, menu sarapan (padahal kat rumah dah sarapan, nampak sangat tembolok besar hahaha! ala kira makan pukul 10.00 pagi lah ni) adalah nasi lemak dan nasi ambang pula jadi menu tengahari.

RM 1.50 + RM 1.00 = RM 2.50. Uisk kalau bertahan lama ni mau pergi haji balik hari lah aku.

Nota tambahan
Nasi ambang adalah makanan tradisional orang Jawa. Nasi putih yang diletakkan di dalam dulang besar yang telah dialaskan dengan daun pisang. Seekor ayam (boleh jugak 1/2 ekor atau 1/4 ekor) masak kicap (atau masak ungkep atau yang sewaktu dengannya) akan diletakkan di tengah-tengah nasi. Manakala lauk-lauk lain akan disusun mengelilingi ayam tadi. Dan lauk-lauk tersebut bukan sekadar 3-4 jenis bahkan berpuluh-puluh jenis. Kalau kat kepulauan Jawa mungkin boleh jumpa tapi kalau kat Malaysia ni biasanya takat belasan jenis aja.

p/s: Nanti kalau kenduri, minta mak buat nasi ambang lah. Bleh makan puas-puas!.

Advertisements

Sardin binti?

Balik kampung hujung minggu hari tu mak masakkan lauk kegemaran, sardin. Terima kasih mak!. Tengah makan. Tiba-tiba terasa macam musykil.

“Kenapa nama ikan ni sardin ek, tak ada nama lain ke?”
“Entah, kat IC dia tulis tu je”
“Oh ye ke? sardin binti apa?”
“Tak ada pulak tulis kat situ binti apa”
“Yang lain-lain pun sardin jugak ke?”
“Yelah kot”
“Kenapa ek?”
“Entah, satu IC fotostat ramai-ramai lah tu!”

Dia… dia! naik senak perut aku gelak. Jawapan tak pernahnya nak serious.

Balik lah Nemo

Image hosted by Photobucket.com
[http://sxc.hu]

Dah 2 hari Nemo hilang …

Tapi ada hikmah disebalik kehilangan Nemo. Aku berkenalan dengan kak As, jiran sebelah rumah. Kalau tidak kerana Nemo, entah bila dapat bertegur sapa dengan kak As.

“Akak ada nampak kucing tu dalam pagar, takpe nanti akak tanyakan orang-orang dekat sini kot-kot ada nampak kucing tu”

Aku tak sempat lagi follow-up dengan kak As. Petang ni kot. Apa pun, terima kasih banyak kak As.

Oh begini rasanya

“Oh, begini rasanya / hati ku sensara
Mengingat dia hati ku luka / kerna tergoda oleh cinta”

Ehe tetiba pula lah lagu tu terngiang-ngiang kat kepala. Siapa yang nyanyi lagu tu ek? nak kena cari ni. Macam best pula nak dengar versi penuh.

Emm mungkin lagu tu sesuai kot untuk muzik latar dialog berikut:

“Dia ni balik lambat ajalah, balik lah awat sikit”
I am a project engineer, I am not a general worker
“?”
“Kalau general worker memang lah boleh balik on time, tapi kalau project engineer balik on time tak siap lah kerja”
“Oh? macam ni rasanya kahwin dengan project engineer? jika ku tahu dari awal …”
“Kalau tahu kenapa?”
“Eheheheheh … tak ada apa-apa”

Nota tambahan
Tinggalkan Nemo bersama-sama makanan dan air minuman dia kat anjung. Kesian pula asyik terperuk je kat dalam rumah. Harap-harap Nemo boleh survive.

"haruman kemboja" si Nemo

Semalam balik lewat. +- 11.00 malam baru sampai rumah.

Kat anjung lagi dah terbau semerbak “haruman kemboja” si Nemo. Aduh gawat. Nemo sudah meninggalkan kesan yang sungguh mendalam (pinjam istilah mak) kat atas kusyen. “Nemo! kan dah pesan kalau nak menyahut seruan alam tu masuk je toilet!”. Cemana nak ajar budak seekor ni ek?.

Dah dibuang pun baunya masih melekat. Lemak dan pekat. Lemas dan loya. Terpaksalah aku dan dia berkurung dalam bilik. Kunci jam kul 3.00 pagi untuk solat Isyak sebab tak sanggup nak ke dapur sekali pun. Nemo pula dah terjerit-jerit nak masuk bilik sama. Yelah, dah seharian tak jumpa (gigit) tuan. Tapi rasanya Nemo pun tak tahan kot dengan bau “haruman kemboja” buatannya tu. “Ehe sorry Nemo, engkau hidu lah bau tu sorang-sorang! Kami tidur dulu, selamat malam! Adios! Amigos!”.

Cerita hujung minggu

Sabtu kelmarin sabtu minggu ke-3. Cuti. Ingatkan nak pergi opis sebab kerja-kerja printing tak selesai lagi. Jumaat tengahari hingga ke petang aritu opis black-out. Memandangkan sabtu hari tidak bekerja, takut pula nak gamble datang. Dibuatnya masih black-out tak ke naya aku. Siapa nak hantar aku ke rumah balik?

Jadi apa aku buat pada hari sabtu?

  1. Lepas dia pergi kerja, aku sambung tidur sampai pukul 10.00 pagi.
  2. Membebel kat Nemo sebab tahi dia busuk[1].
  3. Basuh baju. Stok aritu-aritu-aritu punya. 3-round.
  4. [2].“Isk sibuk je lah Nemo ni, orang basuh baju pun ko nak membasuh juga? Masukkan dalam mesin ni kang baru tau!”
  5. Lapar tapi malas masak. Minum Anmum je lah.
  6. 2.00 petang. Sue telefon ajak teman pergi Jusco sebab hubby dia exam.
  7. Kemas anjung. “Ni rumah orang bujang ke rumah orang dah kahwin?”[3].
  8. Pergi kedai. Beli sardin, serai, halia, dan timun.
  9. Masak.
  10. Tengok TV.
  11. Dah 10.00 malam tapi dia belum balik lagi.
  12. Aku dah bosan! aku dah bosan! aku dah BOSAN!. Uhu boringnya.
  13. Tidur.
  14. 12.00 malam. Dia balik. Kejut ajak makan. Isk hehari macam ni mau “gumuk akuk”!.

Apa pula aku buat pada hari ahad?

  1. Dia penat. Lately balik lewat malam je. Balas dendam. Tido sampai pukul 10.00 pagi.
  2. Aku? balas dendam kat dia sebab balik lewat je. Tido sampai kul 10.00 pagi gaks.
  3. Tengok TV, tengok TV, dan tengok TV.
  4. Lapar. Makan roti dan nasi berlaukkan sardin semalam. Nasib baik dia jenis x kisah.
  5. Tengok TV, tengok TV, dan tengok TV 8 kali lagi.
  6. Tengok Lord of the Rings: Fellowship of the rings: Part 1 kat TCS5. Aku dah tengok tapi dia belum tengok. Jadi sama tengok sama aku jadi storyteller.
  7. 9.30 malam. Lapar balik. Dia ajak makan luar. JOM! jom! JOM! jom! JOM!. Berapa kali jom daaa tapi dua-dua tak bangun. Lastly ambil keputusan buat maggi goreng je. Ehe 1st time buat. Sedap juga ek?.
  8. Tengok TV, tengok TV, dan tengok TV 12 kali lagi.
  9. Tengok The Apprentice kat TCS5. Lambat 1 siri dari TV3. Ini episod masa Elizabeth kena pecat.
  10. Tengok The Apprentice kat TV3 pula. Kali ni Wes dengan Maria pula kena pecat. Ambik kau, dua orang sekali kena!.
  11. Ngantuk. Sebelum tidur tepuk dahi “Erk? esok hari isnin dah ke?”. Tidur.

Notakaki
[1] Guna Friskies cat litter instead of Catsan. Tak serasi kot dengan tahi Nemo. Baunya semerbak “harum kemboja” = smabal ehe. Hari ni aku letak litter tray kat luar dan pesan ke Nemo untuk buang air kat bilik air je. “Dengar kata ke tidak budak ni ek?”.
[2] Entah apa sawan budak ni agaknya. Suka sangat gigit orang. Bukan gigit manja tapi gigit stail “ngap”. Sakit wooo sebab gigi dia ni tajam. Aritu kuku kena ketip, kang ada kang gigi pula kena ketip ni.
[3] Ayat Din masa ziarah rumah aritu. Mana taknya, dengan tayar keretanya, dengan sofa buruknya, dengan surat khabar lamanya isk isk isk. Pendek kata, geleng kepala je lah. Tu pendek yang kata, aku kata pula “Isk manalah aku nak humban semua ni? kalau kat kampung boleh lah juga sumbat kat reban ayam ke reban kucing ke isk”.