T105 vs 3120

Orang lama – T105
11/11/2003 – Mula berkhidmat.
29/04/2005 – Bersara setelah berkhidmat dengan penuh dedikasi selama 534 hari.

Orang baru – 3120
29/04/2005 – Mula berkhidmat. Selamat bertugas.

Advertisements

Maulud Nabi

Hari ini 12 Rabiulawal 1426. Hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Tidak seperti tahun-tahun sudah, kali ini tiada perarakan diadakan. Ops salah, tidak seperti di tempat lama, tiada perarakan diadakan di sini. Atau mungkin akan dibuat hujung minggu nanti?.

Tentang perut

Menurut hasil kajian Yang Berbahagia Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah, aku sebagai makhluk yang dilahirkan pada bulan (12hb ehe) Julai amatlah:
[a] Lemah dari segi kesihatan perut
[b] Mudah gemuk kalau tak kawal diet

Keterangan
[a] Ya betul!. Teramat betulnya.

Contoh 1
: Semalam, rancangan asalnya nak makan kuew tiaw kung fu kat Restoran Noor tapi tutup lah pula. Jadinya, makan kuew tiaw tomyam kat Gelas Besar. Panas dan pedas. Amat pedas sebab depa pie letak lada rawit [1]. Natijahnya, aku telah “memerut” sejurus sampai di office. Pijar… sungguh pijar ehe. Terima kasih Dr Tan (das).

Contoh 2
: Menggatal nak makan Herb-Lax [2]. Kat botol tu tulis makan 4 biji beserta 3 gelas air sebelum tidur. Aku buat. Esok, lusa, tulat, langkat aku ke’pijar’an. Kurangkan dos. Makan 2 biji. Esok, lusa aku ke’pijar’an. Kesimpulannya, kalau anda tidak sembelit jangan nak nge-ngada makan Herb-Lax!.

Contoh 3
: Aku selalu tertekan. Tertekan sebab perut kembung tapi kentut tak lepas. Tau kan macamana muka orang yang mengalami tekanan jenis ni? Hahaha! Kemproh [3] je bunyi contoh ni. Lagi tertekan kalau dah kehabisan bekalan minyak mustajab Nona Roguy.

[b] Jeans yang selama ini aku pakai teramat longgar telah menjadi teramat padat bak sarung nangka. “Tu dah saiz 36 lah tu”. Ces dia!.

Nota kaki
[1] Orang Jawa kata lada rawit. Orang lain kata lada kecil, lada burung atau cili.
[2] Orang Shaklee kata Herb-Lax. Orang lain kata laxative atau julab.
[3] Orang Jawa kata kemproh. Orang lain kata pengotor.

Balik jogging ke?

Hari ni ramai terkujat sebab aku pakai jeans dengan t-shirt je. Lepas subuh tidur balik gitulah jadinya. Tak sempat gosok baju, tibai ajelah mana ada. Lepas ni aku nak gosok baju awal-awal. Ops, lepas beli iron board nanti aku nak gosok baju awal-awal ehe.

Tengahari ikut kak Azah dan Enda hantar kak Shidah pergi airport. Pergi Negeri di Bawah Bayu gitu. Emm… bila lah aku dapat ke sana ek?. Dia, jomlah! jomlah!. “Kini sesiapa pun boleh terbang”.

Laparlah pula. Emm… kita makan dulu!.

Blur

Masih kat office. Ngantuknya…. erk! Patutlah, dah nak pukul 10.00 malam. Dia cepatlah jemput. Dah nak muntah dah ni dok mengadap PC.

Emm… input tak abis key-in lagi. Tapi tak ada hati nak buat sebab masih blur kenapa output keluar separuh aja.

Emm… termenung sat lah.

Misteri nusantara

Semalam petang hujan tersangat lebat. Langit gelap. Air turun macam keluar dari pili bomba. Ala macam dalam filem bila ada scene hujan tu. Erk cemana nak jaga pameran ni ek?. Magik!. Serta merta, dalam jam 8.00 malam hujan pun reda.

Datang tapak pameran. Aduh, semuanya bertaburan. Banting bersepah sana sini. Poster tertanggal dari partition. Siap ada yang “cair” sebab terendam dalam lopak air. Alas meja lencun. Cemana ni N?.

Dalam 8.30 malam Encik Zubir [1] pun datang. Tak pernah kenal dia siapa, tapi N yang kenal. Dia terlibat. Rupanya. Lepas-lepas tu datang lagi ramai, semuanya aku tak kenal. Erk tapi kenapa semua pakai baju batik?[2] dan wangi-wangi ni?.

OOoOo patutlah, malam ni ada perasmian rupanya. Tuanku Canselor datang mencemar duli.

Emm seperasan aku lah, bila ada even besar gini, selalunya akan jadi gitu. Hujan selebat-lebatnya sebelum upacara dan akan reda bila upacara bermula. Cemana tu ek?.

Nota kaki
[2] Aku dan N cabut selepas kemas-kemas booth mana yang patut. Yelah, dorang tak habaq pun yang malam ni ada perasmian. Aku dengan baju “macham” siang tadi, dan N dengan jeans dan jaket denimnya. Isk ada yang kene daulat kang ehehe.
[1] Dapat topi merah. Lawalah! Terima kasih encik Zubir.