Akhirnya…

Akhirnya, senyuman aku berbalas. Ya, akhirnya kini pasti ahaks. Setelah sekian lama. Lama memang lama aku usha makcik seorang ni. Kalau makcik-makcik yang lain begitu ramah dengan aku, tidak makcik ini. Walau semanis mana pun senyuman yang aku beri, tetap kerang busuk yang makcik tu tafsirkan (agaknya lah ehe).

Dan hari itu, tiada hujan… tiada panas. Makcik telah menegur dan bertanya soalan dengan peramahnya. Aku?. Aku terpana. Aku ternganga. Aku tak faham makcik tu cakap apa. Dan hari itu aku memang betul-betul macam kerang busuk ehe.

Dan esok-esoknya makcik tegur lagi bila saja kami saling bertembung. Aku dah mula faham cakap makcik. Lahai … makcik peramah rupanya. Salah semua sangkaan aku selama ini. Makcik bukan sombong tapi makcik emm dalam bahasa Inggerisnya orang kata “talk through the nose”.

Makcik, saya minta maaf. Makcik, terima kasih kerana percaya kat saya.

Kaya vs kopi

Kalau orang lain tertarik dengan kopi Encik Lim [1]. Aku lebih tertarik dengan roti bakar dan homemade kayanya. Mungkin sebab kuota kopi dah penuh kot. Dulu hantu kopi. Siang malam minum kopi. Sekarang ni kalau salah minum jenis kopi, pening macam orang lepas hidu gam (ehe macam ada pengalaman je ahaks). Nescafe? ya ampun. Yang ni lagi cepat tangkap. Tak sampai 1/8 cawan minum dah boleh terasa ‘high‘nya.

Sambung cerita kaya. Petang tadi berkesempatan juga berkejar ke stesen keretapi Kluang untuk mencuba kopi dan roti bakar Encik Lim. Ngam habis makan, kedai pun tutup [2]. Memandangkan aku hanya co-pilot, jadi order lah juga kopi secawan. Sedap. Dia minum kopi-O. Pahit. Nina minum Milo ais [3]. Roti bakar bulat (mentega + kaya) sebiji seorang.

Untie, berapa semua?”
“RM 6.30 [4] “
“Bagi kaya 3 bungkus”
“RM 16.80 [5]”

Notakaki
[1] Majalah-3 aritu ada cerita tentang Kedai Kopi Encik Lim di Stesen Keretapi Kluang.
[2] Kedai kopi tutup pukul 6.30 petang. Boleh percaya ke? percaya je lah!.
[3] Nina baru darjah 6. Jadi dia belum tahu apa itu “kedai kopi Encik Lim glamour sampai masuk majalah Going Places dan Majalah-3″.
[4] Murahnya!.
[5] Mahalnya! Ehe. Kaya sebungkus RM 3.50. “Tapi kat kedai tu selalu sebungkus baru RM 2.00?”. “Tu kilang-made, ni homemade“. “Ehe, oh ye”.

Nota tambahan
Saja ‘google‘ dan jumpa entry ni. Sesiapa yang “sesekali ku rasa teringin” nak merasa kopi dan roti bakar Encik Lim boleh rujuk cerita ceriti seorang badut untuk gambar-gambar lokasi dan pandu arah.

Demam keretapi

Isk nak cerita pun malu. Tapi tu lah hakikatnya. 3 dekad hidup kat dunia ni, baru Jumaat lepas aku dapat naik keretapi untuk pertama kalinya. Kluang-Klang (RM27.00/org).

Dan lagi malunya, badi keretapi kot. Aku demam dah dekat seminggu. Demam keretapi. “Tulah, lain kali naik keretapi tu bagi salam dulu!”. Hahah, erk lupa plak siapa yang cakap gitu.

Emm takat ni dulu lah. Aku dah nampak bulan dah ni. Planet Marikh pun dah nak dekat ni. Argh! loya! nak muntah! aku pening! argh!…