Bersamamu… siput!

Image hosted by Photobucket.com

Aduh. Lama tak update blog. Tak cukup tangan, sotong pinjam tangan bleh?. Tak cukup masa, jam pinjam masa bleh?.

Isk lama tak masuk sampai nyaris lupa password ehe. Ni pun tangan dah gatal sangat ni, mengenyam semacam je nak menaip. Dia, maaf ye? arini dinda amik lewat skit ehe.

Artikel untuk GT pun tak dan nak buat. Tok, maaf ye tok? anak cucu tumpang lalu je ehe. Untuk kawan-kawan yang tak serik menyinggah tu maaf ye, dan terima kasih juga atas kunjungan!.

Apa nak cerita tadi? oh ye! pasal gambar di atas tu. Sesiapa yang tengok rancangan Bersamamu TV3 malam tadi tentu tahu tentang cerita siput babi ni. Bagaimana sebuah keluarga daif makan siput babi bakar sebagai antara menu utama mereka. Isk sedih tak bleh nak kata. Rancangan tu dah abis pun air mata ni masih tak abis-abis keluar. Sampai dia buat lawak “siput tu pun pasrah, berkumpul ramai-ramai biar senang dorang nak pungut” pun aku balas dengan air mata + air hidung ehe.

Emm sebenarnya kan, dulu masa kecil aku pun pernah makan siput babi ehe. Mak yang kata. Kalau mak tak kata memang aku tak tahu… uhu apa rasa? entah! macam siput sedut (sukanya siput ni!) kot?

Advertisements

Mari menyamak

“Kerana nila setitik rosak susu sebelanga”
“Seekor kerbau membawa lumpur, semua terpalit”

Kerana seluar yang sehelai, habis 3 basuhan mesin basuh 6kg kena mandi tanah!. Dengan mesinnya sekali kene samak tu! Ehe.

Seluar dia kena cium anjing. Bukan cium tapi kena sondol-sondol anjing. Jadi? keadaan hidung anjing yang basah telah menyebabkan seluar berkeadaan najis mughallazah. Cara penyucian? 1x bancuhan air tanah dan 6x air bersih (mutlak). Uhu patah pinggang!. Aku bilas dengan air tanah 1x + air mutlak 1x. Dia sambung dengan 5x kali lagi air mutlak. Tak adil? adil apa! sebab lepas tu aku kena spin dan sidai baju-baju tu semua.

“Tulah, lain kali sebelum basuh tu tanya”
“Tulah, siapa suruh ponjot-ponjot tapi tak letak tag?”

Semangat Negaraku

Antara isu terkini Malaysia ialah “Lagu Negaraku akan dimainkan semula di pawagam-pawagam”. MHI pagi tadi pun ada sentuh pasal ni. Ada seorang pakcik pemanggil tu punyalah tinggi tahap patriotiknya sampaikan baru nyanyi rangkap pertama dah sebak. Yang pakcik seorang lagi pulak, berusaha untuk nyanyi sampai habis walaupun liriknya agak lari.

Dulu masa kecik, bila aje TV siarkan lagu Negaraku (pembukaan atau penutupan siaran), aku akan bersiap siaga berdiri tegak. Adik-adik pun aku kerah sama. Siapa tak berdiri aku sepak. Isk tahap cipan sungguh patriotik aku. Dan lagi… punya patriotik aku dengan negeri Johor, bila keluar je lagu erk lupa lah pulak tajuk dia, aku siap nangis lagi sama nyanyi. Sadis kan?.

Tapi tu dulu. Sekarang bila dengar lagu Negaraku (jarang dengar pun sekarang ni), aku tak berdiri pun. Malu kot? kang orang chop aku skema pula. Emm dah merosot rupanya kepatriotikan aku.

Apa-apa pun, aku sokong sangat lagu Negaraku dimain semula di pawagam-pawagam. Bukan ke kebanyakkan tiang negara/harapan bangsa akan bertandang[1] ke situ tanpa dipaksa?. Walaupun mereka tak hafal dan hayati, tapi kalau dah dengar hari-hari mau melekat juga kat kepala.

Notakaki
[1] Aku tak nak pergi pawagam lagi. Bukan sebab lagu Negaraku tapi sebab nak insaf kot. Takut mati kat tempat tak sepatutnya. Insya-Allah. Minta diperkenankan. Enda, aku dah termakan dengan reason adik hang lah. Besar pahala budak ni.

Monolog si Enda

Enda bermonolog.

“Bila buka je ‘Akhirnya’. Buka lagi ‘Akhirnya’. Buka lagi ‘Akhirnya’.
Ni pengakhiran apa?”.

Enda tak puas hati. Enda cari jawapan.

“Naper dah lama tak update blog. bz ka?”
“Ehe a’ah. Agak bz jugak. Kita ada taip kat notepad tapi x abis karang lagi .Tu yg tak terupdate
“OOoOoo okay…”

# Banyak sangat nak cerita tetapi kebelakangan ini memang agak sibuk. Sibuk dengan majlis adik. Sibuk dengan coding. Program ni pun satu. Tidak bertindak mengikut arahan!. Eiii bak kata mak, tensen! ehe.

*blink* (bayangkan gambar mentol ketika ini). Dapat idea. Sambung program sikit lagi…

# lagu latar bermula…
“Maafkan kami ten ten ten teng, maafkan kami ten ten ten teng, maafkan kami ten ten ten teng, maafkan kami!”