3 dekad, 7 bulan

Image hosted by Photobucket.com

Hari ini genap 3 dekad menjadi makhluk bumi. Hari ini juga genap 7 bulan menjadi makhluk bulan ehehe, ber”honeymoon”!.

Semoga “dipanjangkan” umur dan dimurahkan rezeki serta diberkati Allah sentiasa.

Buat kanda yang disayangi, terima kasih untuk cinta itu. Ya Allah, perkenankanlah doa kami, rahmatilah “masjid” kami ini. Buat keluarga tercinta, terima kasih untuk segalanya. Moga Allah berkati kita sekeluarga. Buat sahabat yang mengingati, terima kasih yang tidak terhingga. Moga persahabatan berkekalan, dunia akhirat!.

Uisk karatz tu!.

Sketsa sebelum zZzzZZzz

Malam itu tiada rancangan menarik di TV. Sementara menunggu mata mengantuk, maka berburak-buraklah kami tentang hal-hal semasa. Tentang perbankan konvensional, tentang perbankan Islam, tentang insurans, tentang juruwang-juruwang Islam yang menerima bayaran arak di kaunter-kaunter pasaraya… tentang hukum, tentang keperihatinan, tentang dosa, tentang pahala.

“Dia orang tak belajar ke tentang ni masa sekolah dulu”
“Ada,ada! kalau kat sekolah agama kitorang belajar dalam bab munakat[1]”
“Munakahat?”
“Erk! alamak salah, muamalat[2]”

Aduh! tiba-tiba muka jadi panas dan tiba-tiba juga rasa mamai semacam termakan secupak kas-kas melanda. Erk, perbincangan tamat. Masa untuk ZZZzzZZzz[3].

Moral of the story
Kalau dah mengantuk tu tidur ajelah karang lain bab yang ditanya, lain bab yang dijawap!

Nota kaki
[1] Bab nikah kahwin
[2] Bab jual beli
[3] Bab… erk bunyi orang tidur