Putus nyawa

Casio ku putus nyawa. Harinya tidak dapat dikenalpasti sebab masa tu 2 hari aku jadi tukun di rumah dan bermakna 2 hari juga jam itu bersendirian. Yang pastinya, masa putus nyawanya adalah tepat jam 10.09. AM ke PM pun tidak dapat dikenalpasti. Isk CSI sungguh!.

Kedudukan jarum sebiji macam kat sebelah ni. Musykil aku. Jam sebelah ni memang model aku tapi gambarnya aku rembat kat satu website tu (Erk maaf tok, anak cucu pinjam kejap ehe. Nanti dah ada kamera digital sendiri, anak cucu akan berhenti merembat ye). Apsal masa berentinya sama sebiji yek? kenapa tak 10.15 ke, 10.30 ke, 11.00 ke ek?. Ya… jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri ahaks!.

p/s: Selamat berpuasa buat semua rakan-rakan yang mengenali, tak kiralah kenal nama je ke atau kenal rupa juga. Semoga Ramadhan ini membawa rahmat dan keberkatan buat kita semua. Insya-Allah.