Donut

Suka sangat kuih donat. Muka aku pun dah bulat macam donut. Pagi tadi singgah CP dan nampak donut. Banyaknya donut. Belilah dua biji. Cukuplah sebab donutnya besar-besar.

Erk! alamak, donutnya keras. Terlebih tepung kot, atau mungkin terkurang ibu roti. Wa banyak cerita pulak! buat sendiri tak nak.

… aku nak belajar buat donut!

Nota tambahan
Entri ini ditaip setelah dua ketul donat tersebut berjaya dihabiskan. Rasullah pesan kalau tak suka makanan jangan dihina depan-depan.

Advertisements

Daun pintu

1.30 pagi
“Crit… crit… crit… “
“Crit… Crit… Crit… “

Argh! Ada ke patut ditebuknya daun pintu rumah aku untuk buat pintu masuk dia ke rumah aku? dia ingat rumah aku tu rumah dia ke?

6.00 pagi
“Crit… crit… crit… “
“Crit… Crit… Crit… “

Kerja-kerja penebukan masih berjalan. Pintu ke-2 setelah pintu pertama disumbat dengan plastik!

Erk! macamana nak halau tikus tu ek? … Tikus tidak perlukan daun pintu tapi aku perlu.

Check-up

“Nyut… nyut… “
“Nyut… nyut… “

Lengan kiri aku masih berdenyut kesan kena suntikan. “Suntikan ini untuk mengelakkan kancing gigi kalau luka nanti ya”

Demam sehari.

Keputusan ujian darah

“Darah awak kekurangan hemoglobin, ini bermakna kandungan oksigen di dalam darah awak juga kurang”

La? setiap bulan naik 2 kg pun masih kekurangan oksigen lagi ke?

Adakah ini kesan dari penebangan pokok-pokok yang berleluasa sehinggakan bekalan oksigen dunia turut berkurangan?

2006

Hari ke-2 2006…

Orang lain dengan azam baru, aku tak ada azam…
Orang lain dengan tekad baru, aku tak ada tekad…

Awat? Aku punya fikir apa azam aku untuk tahun 2005 punyalah lama sampai dah masuk 2006 pun tak dapat-dapat inikan pula aku nak fikir apa azam aku untuk 2006? ehe.

Apa yang penting, aku nekad je ehe.

Musykil
Dua-dua Tok bercuti. Tok Naga tak mengarang sebab dia yang bercuti, Tok Rimau tak mengarang sebab danchan yang bercuti. Erk! Tok Rimau, tak ada azam ke nak pindah ‘rumah’?