:-)

Ehe ehe he he. Nampak ‘bird’ lah!.

Advertisements

Keturunan pendekar

Baru ni mak buat kenduri untuk aku dan Ilam. Sempena kejayaan kami memasuki semester ke-3 pengajian. Ops! ehe, kejayaan kami membesarkan perut ke trimester ke-3 sebenarnya.

“Ko tolong tulis nama ni, karang bagi kat “ketua yasinan”[1]”
“Aik? kata untuk aku dengan Ilam tapi ni nama untuk kenduri arwah”
“Ala sekalilah…”
“Orait, namanya mak?”
“1. Bunari bin Ibrahim[2]
2. Allahyarhamah embah panjang[3]
3. Diron bin Hj. Jabar[4]
4. Kamso bin Mustar[5]”

Mustar? pendekar Mustar[6]? Keturunan pendekar rupanya aku ni…

Notakaki
[1] Ketua kumpulan bacaan Yaasin
[2] Allahyarham abangku
[3] Embah kesayangan emak, lupa namanya argh!
[4] Allahyarham atok belah abah
[5] Allahyarham atok belah emak
[6] Rujuk filem Pendekar Bujang Lapuk

… aku yang perasan ahaks!

Aku vs. Tux

Aku dah bulat macam Tux. Jalan pun dah macam Tux. Kalau duduk pun dah mengangkang tak boleh nak bersimpuh atau bersila. Tunggu jelah sikit masa nanti fasa solat duduk pulak…

Tapi… tapi Tux tak payah pakai baju. Aku? aku kekurangan baju argh!