Detik-detik menjadi mak…

Hari ini hari lahir mak mertua ku ahaks.
Selamat Hari Lahir mak! Moga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, ditetapkan iman dan dirahmati Allah sentiasa!

“Mak nak hadiah apa?”
“Bagi aku cucu dah ler”

Hari ini juga detik permulaan aku menjadi mak.

12 tengahari (22/04/06)
– Orang kata dah ada “show”. Doktor Norila kata tu dah tanda. Tak ada rasa sakit. Jadi bila-bila rasa selesa bolehlah ke hospital.
4.00 petang (22/04/06)
– Pergi Hospital Sultanah Aminah[1]. Kena saring juga ke?
8.00 malam (22/04/06)
– Setelah lama menunggu, akhirnya berjaya ke saringan. Masuk wad sebab dah buka 2 cm.
4.30 pagi (23/04/06)
– Baru sedar ketuban dah pecah. Masuk bilik kerja (labour room).
5.34 pagi (23/04/06)
– Selamat berANAK!

Mak, maaf cucu lahir terlambat 5 jam dari tarikh lahir mak. Belated birthday gift gitu!

Sejujurnya, bersalin tu tak sesakit mana tapi di”seluk” tu yang buat yang boleh buat serik nak bersalin lagi…

Notakaki
[1] Sama tempat lahir dengan Fasha Shanda tu ahaks kuhing kuhing kuhing…

Menghitung hari…

Kalau:
ikut kira-kira = 26hb April (lagi 13 hari)
ikut scan 1 = 2hb Mei (lagi 20 hari)
ikut scan 2 = 14hb April (lagi 1 hari? erk? lusa?)
ikut scan 3 = 11hb Mei (30 hari)

Erk? guano nih? kok tarikhnya lari-lari? Yang pasti, nak bawak dah macam tak larat, nak dikeluarkan takut pulak argh!.

p/s: Boss, kerja tak siap lagi ni… kalau saya tak sempat nak submit cemana ek?