Canon PowerShot A420

Sindrom orang beranak satu. Kalo beranak ramai mungkin sindrom ni agak berkurangan sedikit… setiap apa anak buat mesti nak dirakam.

Jadi, sebat satu Canon PowerShot A420 kat Jusco. Beli sehari selepas JCard Day. Nasib baik masih ada stok jadi dapatlah harga JCard. RM499 + RM 69 untuk tambahan 512Mb dan screen protector. Okaylah setakat nak amik gambar gitu-gitu untuk dicuci sebesar 4R dan dijadikan wallpaper di monitor sebesar 15″.

Satu lagi sindrom orang lepas beranak. Pelupa. Banyak urat putus kata orang tua-tua.

“Saya nak tengok Canon Cybershot tu”
“Cybershot?”
“Eh salah, Canon PowerShot”

“Awak ada jual handphone juga?”
“A ah”
“Canon pun ada?”

Jurujual terpinga-pinga. Aku maksudkan Nokia sebenarnya… hahaha sah urat aku banyak “shot”!

Advertisements