Kangen

Ini budak kangen. Kangen kat abah dia. Dah 2 malam mak dia jadi kelawar. Budak kangen sabar ya. Hari ini abah balik…

p/s: Baju sotong tu hadiah daripada Che Linda dia. Ada dua pasang. Satu biru, satu lagi putih. Terima kasih Che Linda.

Seekor tapak sulaiman

Komputer aku komputer clone. Clone? ala macam dalam cerita Alien tu kan ada satu manusia clone. Dah tercabut pinggang pun hidup lagi. Kalau darah manusia merah, darah dia putih (Mahsuri tu lain kes).

Kaitan komputer clone dan tapak sulaiman?. Komputer clone biasanya didatangkan dengan sistem pengoperasian yang clone juga (psst! pirate sebenarnya). Tapi sistem pengoperasian aku tu clone kot sebab dia tulis kat situ “modified Windows XP”.

Natijahnya?. Aku terlupa nak “turn off” kan “automatic update”. Maka dapatlah aku seekor tapak sulaiman bertenggek kat bawah penjuru kanan tetingkap.

Argh! bagaikan diriku tapak sulaiman… terdampar di pantai berlagu sepi…