Lengang

Car park dah lengang. Office pun dah lengang. Jusco buat masa ni agak lengang (mungkin sebab aku pergi lunch hour)…

Tunggu lah lepas raya ni… poket beg duit aku pulak yang lengang…

Rindu ini

Dulu masa kecil-kecil. Masa tengah syok bermain, jika datang sahaja awan mendung maka akan berjampilah kami beramai-ramai “arang! arang! arang! arang!”. Orang tua-tua kata nanti awan mendung tu akan pergi. Ya! jampi tu memang menjadi. Tapi aku rasa awan mendung pergi bukan kerana jampi itu tetapi kerana doa kami. Ye lah, budak-budak kan hatinya suci.

Tapi kalau jerebu yang berarak datang macamana pula?

Bukan aku yang tidak mahu ketemu
Bukan juga awan nan membiru
Kami saling merindu
Tetapi jerebu yang cemburu

Setelah sekian kalinya awan menangis
Kini mentari tersenyum manis
Rinduku terbang bersama gerimis.

p/s: Kutitipkan sajak di atas buat jerebu (abang kata jerubu) dengan ucapan syoh! syoh! syoh!

Kurung biru

Lab black-out jadi ada alasan untuk lari sekejap ke Angsana. Kain macam guni tapi harga tahap cekik leher mau bagi mati!

Balik dengan tangan kosong lagi uhuk uhuk. Bilalah nak dapat kurung biru yang berkenan di hati?

Kalau lah aku tahu

Biskut raya di sekitar Skudai lagi RM2.00-RM3.00 nak cecah RM20.00. Biskut raya di Plaza Kotaraya majoriti lebih RM20.00. Bukan lebih sikit-sikit tapi lebih banyak. Ada yang lagi RM2.00-RM3.00 nak cecah RM30.00. WOW! sungguh mahal!

Balik Simpang Rengam kejap. Ambil tat gulung yang ditempah hari tu. Harga dah naik RM1.00. Kira okeh lah tu. Murah 1x ganda dari harga di JB.

Singgah juga di IKS jalan Benut. Cari kerepek. Orang kirim. Sold-out!. Beli kuih kapit. Orang kirim juga. RM5.00 je satu bekas. Murah sangat-sangat sebab aku dah terkena. Beli di JB. 1 balang RM15.00. Kuantiti hampir sama.

Cari kerepek di tempat lain. Tokey tat gulung tunjuk tempat. Di Kolam Air. Banyak rupanya kilang kerepek kat Simpang Rengam ni.

2-3 minggu yang lepas, kalau lah aku tahu biskut raya di JB mahal (tersangat), nescaya aku pun nak jadi tokey biskut dan kerepek. Tak ambil untung banyak, mark-up duit minyak pun jadilah…

Raya Aidil Adha nanti kot ehehehe…

Kisah semut

Tak tahu lah siapa tumpang siapa… Semut tumpang rumah aku ke? aku yang tumpang rumah semut? Tapi semut memang banyak. Yang kecil-kecil dan busuk ada, yang sedang-sedang dan menggigit sakit pun ada, yang besar-besar dan jalan laju pun ada.

Abang[1] buat housekeeping kabinet dapur selepas aduan bahawa adanya semut yang telah melubangkan stok meggi sebeban tu. Semut ni semua nak dimakannya… gula (standard semutlah ni), tepung (nak buat biskut raya kot), air masak (haus kot), beras pulut hitam pun di’ngap’ juga.

Tapi yang tak fahamnya soda bikarbonat pun jadi mangsa. Agak-agaknya lah, berbuih-buih tak mulut semut peninjau tu masa buat laporan nanti?

“Macamana ek tak nak kasi semut datang lagi?”
“Tulis kat situ SEMUT: No Entry
“Letak lambang semut lepas tu pangkah”

Adoi la!

Nota kaki
[1] Ironinya beliau juga pernah mendapat gelaran Encik Semut.