Televisyen

Dulu masa engkau kecil, di rumah engkau ada televisyen tak?. Rumah aku tak ada. Aku orang susah, jadi daripada beli televisyen lebih baik bapak aku beli susu tin Cap Junjung untuk anak-anak dia yang berderet paku ni.

Masa tu engkau suka tengok cerita apa? Aku suka tengok Ultraman. Kalau aku nak tengok Ultraman aku mesti pergi rumah jiran. Ada duit aku bayarlah sepuluh sen. Tak ada duit, aku buatlah muka sepuluh sen. 

Televisyen tu kecil aje. Tak pasti televisyen berapa inci sebab masa kat sekolah tadika KEMAS cikgu tak ajar ukuran inci. Masa tu tak ada karen. Jadi televisyen tu guna karen dari bateri yang macam bateri kereta. Bila nyawa bateri tinggal nyawa-nyawa Ultraman… nit not nit not, dia orang akan bawa ke kedai untuk dicas balik.

Angan-angan aku, bila besar nanti dan ada duit aku nak beli televisyen sendiri.

Bila dah kerja dapat juga aku beli televisyen. Terpaksa beli sebab kawan serumah dah kahwin jadi dia bawa televisyen tu pindah ke rumah baru bersama teman baru.

Televisyen 21 inci. Tunai RM 800.00. Hutang kad kredit kawan. Beli pukul 11.00 malam. Tak mampu dah nak tunggu esok takut kesawanan sebab aku rasa macam tak boleh hidup kalau tak dengar jugak bunyi televisyen membebel.

Eiii rasa macam nak humban aje televisyen tu. Jual lelong ke… sengal. Cakap televisyen lebih laku daripada cakap aku…

Advertisements

2 thoughts on “Televisyen

  1. Salam Aya,
    1. Akak pernah juga tgk tv bateri, hanya tv yg cerah dlm rumah gelap.
    2. Kita pergi beli sama2 tv tu dekat Taman U.
    3. Rindunya nak tengok tv.
    4. Opss…ayat yg akhir. Skrg musim banjir, pilihan raya tak lama lagi..byk cerita realiti tv. Sabo bebanyak ok!!

  2. Salam untuk akak juga šŸ™‚
    1. Aah ehehe betul tu. Rumah terang dek tv tu, dah jadi lampu pulak.
    2. Ya betul! masa tu kita naik Honda ke? naik Iswara? lupa…
    3. Akak tak ada tv ke?
    4. Kalau tengok tv memang terasa sangat yang kita ni umat akhir zaman… takutlah akak…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s