Kurang zat makanan

Ingatkan kanak-kanak di Afrika sahaja yang mengalami masalah kekurangan zat makanan ni tapi rupa-rupanya di Malaysia pun ada.

Bawa Na`im ke klinik untuk suntikan setahun. Kena timbang berat sekali. 7.2 kg sahaja? Sepatutnya berat Na`im 3 kali ganda berat semasa lahir (2.85 kg x 3 = 8.55 kg). Rasanya kalau abah Na`im yang pegang masa tu tak lah ketara sangat Na`im ni kudut. Tetapi disebabkan maknya yang bagak mendukung masa tu, kekecilan Na`im agak ketara ehehe.

Sebenarnya Na`im dah terbiasa dengan susu badan. Disebabkan adiknya sedang membesar di dalam perut, dicadangkan agar susu badan ditampung dengan susu formula. Proses peralihan ini yang menyebabkan beratnya susut mendadak. Dia lebih rela minum air masak berbanding susu formula tersebut.

Emm… tak apalah. Selagi dia rajin makan dan cergas serta sihat, tak ada apa yang perlu dirisaukan sangat.

Advertisements