20 weeks pregnant!

++++

This is day number 141 and you’re 20 weeks pregnant!
You have 139 days or 20 weeks left, and are 50.0% of the way there.
Baby’s age since conception is 127 days or 18 weeks.

Baby development

Your baby is now about 5.6 to 6.4 inches and weighs approximately 9 ounces. Your baby is now big enough that you may be able to tell when he or she is awake or asleep based on the level of activity. You can also see a lot of movement in the ultrasound image. Looking at ultrasound images of other babies can help you figure out what you’re looking at when you see your baby’s image.

++++

Semalam buat check-up bulanan. Scan untuk kali ke-2. Jantina masih belum dapat dipastikan sebab si kenit kecil lagi. Pemalu pulak tu, siap duduk diam-diam dan silang kaki. Padahal selalunya dia akan meloncat-loncat dalam perut. Doktor ambil ukuran panjang tulang peha dan ukur lilit kepala.

Berat naik 2.5 kg. Bacaan hemoglobin normal. Urine test juga memuaskan.

Bertemu kembali

Dah 20/40 minggu mengandung sekarang ni.
perlu cari satu tempat untuk letak segala info yang diperolehi dari newsletter yang telah di’langgan’ supaya senang nak dirujuk di masa-masa akan datang nanti. Jadi rasanya, letak kat sini jer kot? …

Bee Gees | Wish you were here

You’re living your life
In somebody else’s heart
My love is as strong
As oceans are far apart.

A summer song keeps playing in my brain,
And i feel you, and i see your face again,
There’s no escape,
I lost everything in losing you.

Ah i wish you were here,
Drying these tears i cry
They were good times,
And i wish you were here
And calling my name,
But you’re dealing with a man insane, the cost,
How hopelessly i’m lost,
I tried to throw our love away
And i can’t let go.

Verse 2:
And so i awake
In somebody else’s dream
(it’s not what it seems)
It’s only a lie
I’ve yet to decide who’s real.

The blood red rose will never never die
It’ll burn like a flame
In the dark of the night
I’m not afraid
I’d give everything
If you hear me there.

Chorus 2:

Ahh i wish you were here,
Drying these tears i cry
They were good times,
It’s that time of year
For being alone
But you’re dealing with a heart of stone
Try to kiss and say goodbye
Try to throw our love away
And that storm will blow.

Wish you were here.
Wish you were here,
’cause you’re dealing with a heart of stone
Try to kiss and say goodbye
Try to throw our love away
And i can’t let go.

They were good times
And i wish you were here,
Yes, i wish you were here.

Repeat to fade.

Lirik : songs-lyrics

Hilang dalam terang

Pahlawan Melayu Melaka pernah berkata “Ta` kan Melayu hilang di dunia”. Tapi belum apa-apa bahasanya sudah hilang dahulu.

Sama seperti Tuah, ia telah menjadi sejarah. Ukiran Tuah masih dapat dilihat di Muzium Negara terpahat bersama kata-kata hikmatnya. Tetapi Bahasa Melayu, bagaimana pula ukirannya?.

Malunya aku sebagai bangsa yang tidak mempunyai bahasa. Melayu kah aku?

Heboh jer yang lebih

Kali pertama aku pergi SureHeboh (masa tu belum tukar ke JomHeboh) 3 tahun dulu. Lokasinya di Dataran Bandaraya… Danga Bay tak siap lagi. Masa tu bujang. Pergi dengan adik-adik aku. Sesaja nak merambu. Pergi masa malam konsert. Pergh! memang sesak!. Walaupun hujan tapi tetap layan. Kasut bukan penuh air, tapi penuh selut. Nyaris ada belut!. Niat pergi memang untuk berlibur. Untuk tengok-tengok gerai, tengok-tengok orang, cuci-cuci mata. Yeh enjoy!.

9hb hari tu aku pergi lagi. Kali ni JomHeboh. Bertempat di Danga Bay. Status dah berbeza. Bukan bujang, tapi beranak 1 bakal masuk 2. Kali ni aku pergi dengan SMI, mak, dan anak-anaknya. Dia pernah memborong masa JomHeboh tahun lepas. Barang-barang murah katanya. Jadi, niat aku pun dah berubah. Bukan merambu tapi nak menyapu mana-mana barang keperluan (susu anak, beras, atau apa-apalah yang ada).

Janjinya pukul 7.00 pagi nak gerak untuk elak sesak. Sarapan dalam perjalanan. Malangnya kami kesedaran jam 7.00 pagi. Gara-gara melayan Na`im yang terlalu excited nak pergi agaknya sampai tak boleh tidur. Sepanjang perjalanan, puas kami disindir dek mak SMI hahaha. Mana taknya, jam 7.00 pagi mereka dah siap tapi pukul 8.00 pagi baru kami sampai.

Sampai di Danga Bay, orang dah ramai. Parking pun agaklah jauhnya.

Shopping pusingan pertama. Penuh 2 stroller dengan barang. Selain driver, tugas lain abang ialah tukang hantar barang ke kereta. Sepanjang perjalanan ke kereta, yang kerling ada, yang angkat kening pun ada, yang peramah mula bertanya. Apa taknya, kepenuhan stroller mengalahkan lori balak curi. Sampai tertumbang tengah jalan!.

Shopping pusingan kedua. Barang tak banyak sebab stroller dah penuh dengan orang. 2 orang budak yang kepenatan. 1 lagi budak dah terlekat kat pinggang aku. Meragam. Lepas borong susu, berangkatlah kami pulang.

Setelah puas melepas lelah di rumah SMI, kami singgah ke Jusco. Beli puting susu Na`im. Aduilah, Jusco tengah offer Dutch Lady 1-2-3. Murah 0.52 sen dari JomHeboh. Haiyyak! tepuk dahi. Aku telah kerugian 9 x 0.52 sen = RM 4.68. Hahahahampes!.

Balik rumah mula berkira-kira barang yang lain. Banyak rugi dari untung sebenarnya. Aku tak nak pergi JomHeboh lagi!.

Tukang masak bidan terjun

Safura anak sulung Dr Hj. KBT telah selamat diijabkabulkan sabtu baru lepas ni. Kenal Dr Hj. KBT sekeluarga sejak tahun 1 lagi. Keluarga yang sangat baik dan dihormati. Ini majlis besar pertama bagi mereka. Awal-awal lagi kami telah dimaklumkan betapa tenaga kami amat diperlukan semasa majlis nanti.

Dr SMI offer diri untuk tolong masak lauk pengantin. Aku pun ditariknya sama. Macam biasa, tanpa bantahan aku setuju. Menu; ayam panggang, sayur campur dan campuran fishball + baby sosej + telur puyuh rebus. Dua-dua tak pernah ada pengalaman masak lauk pengantin sebenarnya tapi entah kenapa mulut ‘gatal’ meng’offer’kan diri. “Tuan Haji, sedapnya tak janji ye, cantik hiasan tu boleh lah dijamin ehehe”.

Punya gabra macamana rupa lah lauk-lauk tu nanti sampai terbawa-bawa ke mimpi. Parah betul aku. Tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Sampai ada yang ingat kami makcik caterer wahahaha.

“Uisk tadi masa hantar hadiah aku tengok semua lauk licin lah. Ayam tinggal tulang aje. Tapi maaflah, sayur campur ko tak laku”, telefon Dr SMI malam tu. Ehehe standard ah tu.

Moral of the story, kita tak akan tahu yang kita boleh buat suatu perkara tu selagi kita tak buat. Bila dah buat, baru lah tahu di mana kedudukan kita sebenarnya. Tak salah mencuba. Tiada apa yang perlu dirugikan.