Peperiksaan Gred 41

Hari ni ada peperiksaan khas memasuki 14 skim perkhidmatan Gred 41. Aku pun tak pernah dengar skim ni.

Lokasi peperiksaan ada banyak. Aku kena di Dewan Sekolah Menengah Teknik Azizah, Larkin. Mula pukul 9.30 pagi dan tamat jam 4.00 petang. Seharian.

Tengahari kantin tak buka sebab cuti sekolah. Aku tak teringat langsung. Tempat makan terdekat Larkin kalau ke kanan dan deretan gerai kalau ke kiri. Malas nak keluar sebab kena naik teksi atau bas. Dan juga tiada rakan untuk diajak bersama.Sebenarnya tak berapa lapar tapi risaukan baby kat dalam perut ni.

Tiba-tiba ada seorang hamba Allah telah meng’offer’kan nasi gorengnya yang sebungkus untuk dikongsi. Rezeki jangan di tolak, musuh jangan di cari. Aku terima tawarannya.

Tetapi… aku lupa nak ucap terima kasih.

Balik tu aku kejar dia tapi dia tak dengar sebab dok berlari juga mengejar kereta suaminya… huhu terima kasih NIZA! Semoga Allah jua membalasnya… erk! Nombor telefonnya pun aku lupa nak minta.