LPPT

Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LPPT)? Macam kelakar aje dengar. Kali pertama isi borang ni setelah 10 tahun kejap kerja kejap tak kerja. Tak banyak perkara nak diisi tetapi remeh sebab nak kena ingat apa dah dibuat sepanjang tempoh berkhidmat bermula 3hb Mac 2008.

Tak ada buat catatan ke? Banyak sangat tempat sampai tak dapat nak trace yang mana satu yang betul. Kejap kat buku 555, kejap kat diari rasmi, kejap kat buku catatan mesyuarat … hahaharu!

Kesimpulannya, kena kuatkan juga semangat untuk catat di blog. Ada ke kesempatan?. 5.00 petang dah abis kerja sebenarnya. Dalam 6.30 petang dan ke atas baru Tuan Besar datang jemput. Jadi, ikutkan ada masa untuk buat kemaskini di situ?… Nak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Notakaki

Tapi, pukul 5.00 petang dan ke atas tu lah masa untuk buat kerja-kerja rasmi. Masa-masa lain sibuk ‘service’. Unit IT lah katakan. Tapi kalau tengok gaya kerja dah macam unit tugas-tugas khas!.