Syawal 1432H

Hari ini hari Jumaat. Hari terakhir kerja untuk bulan nie. Isnin dah mula cuti sehingga Jumaat. Dijangkakan aidilfitri tahun ini jatuh pada hari Selasa 30hb Ogos.

Kali ini berjaya mengurangkan aktiviti pembelian biskut raya. Alhamdulillah, berjaya siapkan 3 jenis biskut. Cornflakes madu, tat nenas & biskut chocolate chips. Kerja aku mengadun jer. Kerja-kerja mencetak dan membakar diuruskan oleh tuan besar. Uhu sangat sayang kepada tuan besar saya. Muahs. Tahun depan kita tambah jenis lagi boleh?

Insya-Allah jika tiada aral dan sempat menyelesaikan kerja-kerja mengemas, esok akan bertolak ke Kelang. Tahun nie giliran beraya di rumah mertua. Raya ke-3 baru bertolak ke Simpang Rengam. Semoga perjalanan kami dipermudahkan. Amin.

Akhir kata, Selamat menyambut Syawal yang mulia.

Advertisements

Ramadhan kali ini…

Ramadhan 1432, aku dalam keadaan yang sarat membonyot[1]. Semua aktiviti dirasakan sangat perlahan. Nak kata macam sloth[2] pon ada ehe. Sungguh tak produktif.

Hari nie masuk Ramadhan yang ke-19. Kira-kiranya 10 malam yang akhir sudah bermula.

Sesungguhnya, satu-satunya amalan berpahala yang aku banyak buat Ramadhan kali ini ialah… tiduuuuur.

“Ya Allah, berilah kekuatan untuk aku meningkatkan amal di sepanjang 10 malam yang akhir ini. Amin.”

Nota kaki

[1] Setiap kali giliran beraya di rumah mertua mesti aku tengah mengandung hahaha.

[2] Apa itu sloth?

Keliru atau melulu?

Tak tahu nak kategorikan sebagai apa. Keliru atau lidah terlebih melulu. Kadang-kadang Na`im tak dapat nak mengikut perkataan tertentu dengan betul. Begitu juga Muaz.

Semalam ke kedai fotostat untuk buat salinan borang peraduan [1]. “Mak nak pergi mana?”. “Fotostat”.”Hah? potongstraight?”. Dah beberapa kali betulkan pon tak berapa nak betul. Mungkin ayat yang sepatutnya digunakan ialah “mak nak pergi buat fotokopi”. Ehehe.

Muaz pula selalu menyelitkan huruf “n” ke dalam mana-mana perkataan yang dia berkenan. Contohnya, perkataan “betul” akan jadi “bentul” dan “botol” akan jadi “bontol”.

Emm kalau dikaji-kaji lah cara pertuturan mereka nie, macam ada pengaruh Kelantan (Na`im) dan Terengganu (Muaz) pulak. Masalahnya, mak bapak Jawa Johor & Selangor… hahaha.

Nota kaki:

[1]  Peraduan “Minum banyak, menang banyak