Petang Jumaat yang indah

Isnin dan Selasa minggu nie cuti. Cuti gantian Maulidurrasul (PBOH) dan perayaan Thaipusam. Rabu pula cuti kecemasan kerana baby demam.

Jadi, minggu nie 2 hari jer kerja. Banyak kerja dan sedikit masa. So banyak lah yang kena bawa ke depan.

Tengahari merayap bersama rakan ke Jusco Bukit Indah. Sejak mak perkenalkan aku dengan Daiso, dah jadi pengunjung setia pula. Hari nie beli lagi 4 bungkus pelapik laci. Emm dan + juga beg pensel (nie masuk dalam senarai mengada-ngada).

Lunch di A&W. Ah, root beer floatnya sangat heaven huhu. Bekal untuk makan di kereta semestinya Antie’s Anne Pretzel. Perasa cinnamon sugar. Nyum nyum nyum!

Advertisements