HanaCraftyWorld 1st Giveaway

Dah lama sebenarnya tak mengait. Kali pertama mengait rasanya masa sekolah menengah dulu. Terima kasih Che Ateh kerana sudi mengajar. Projek chair back tu satu pun tak siap ehehe.

Tapi sejak dapat Widad nie, semangat nak mengait muncul balik. Maybe sebelum nie semua putera belaka, so bila dapat puteri nie semangat nak mencantik-cantikkan anak pun membara ahaks.

Projek pertama kunun-kununnya nak buat dress untuk Widad. Berapa kali round kedai + Daiso asyik tak jumpa jarum berkenan. Hahaha sangat demand, padahal si Que tu pakai saiz jarum tak tentu hala pun siap dah beberapa booties dan cekak rambut.

Hari nie, cadangnya nak beli jarum secara online. Meluncur punya meluncur punya meluncur… tada! ada giveaway kat HanaCraftyWorld! Yeh, rezeki ayam nampak di kaki, rezeki orang siapa yang tahu.

DSC04102 new

Bismillah hirrahman nirrahim. Ada rezeki Widad dapatlah set jarum tu. Dan, ada rezeki Widad juga, dapatlah dia satu baju dari Untie Hana ehem ehem. Insya Allah.

Advertisements