Sate di Warung Saga

Kelmarin Fida Anjung bagi rasa 2 cucuk sate daging. Sedap sangat walau tanpa kuah. Rupanya ayah Fida jual sate di Warung Saga.

Macam pernah dengar jer. Rupanya warung nie popular di Johor Bahru. Aku jer tak tahu.

Jadi, arinie ajak abang cari. 6.30 petang kami dah sampai. Malangnya sate tak siap lagi. Beli tahu bakar ajelah.

Kat mana Warung Saga? Di Jalan Mahmoodiah. Depan Dewan Hokkien dan Esso, berseberang dengan RIMA College.

Okay, nak cari sup tulang kat ZZ Sup Tulang pula.

Advertisements

Argh! Lambat jer…

Tensen. Hari-hari lambat. Hari-hari lambat. Mood nak kerja pun terganggu. Seminit? Dua minit? Sembilan belas minit? Tetap DLTA (Datang lewat tanpa alasan).

Cadangan penyelesaian?

1. Buang sampah bukan pada waktu nak pergi kerja.
2. Gosok baju pada waktu malam.
3. Jangan membebel dengan anak suruh bangun sendiri, buka seluar sendiri, gosok gigi sendiri jika waktu sudah paras-paras hidung (7.00 pagi). Angkat mereka dan buat semua yang perlu dengan senyaaaaap.
4. Apa lagi ek? Beli kenderaan tambahan kot?

WordPress for iOS

Macam kelakar. Dah dekat setahun pakai iPhone, tak pernah terfikir ada apps untuk WordPress. Telah diinstall dengan jayanya. Alhamdulillah. Mudahlah nak update blog lepas nie. (yer yer or jer ahaks)