Cuti tak hengat!

Wawawa… Very der ler sangat aku nie. Last week cuti seminggu. Jaga 3 orang kanak-kanak Ribena yang diserang chicken pox.

Minggu nie pula cuma kerja hari Ahad dan Isnin. Bermula semalam, dah start cuti sehinggalah hujung minggu depan. Pergh. Sangat lah sakan. Dah babysitter cuti, so bercuti ler juga aku ini.

Kalau ikutkan banyak perkara boleh selesai berkadar terus dengan bilangan cuti yang diambil. Malangnya, atas kekangan yang pelbagai (nak disenaraikan nanti orang kata itu semua alasan! Hehehe) makanya graf progress adalah flat huhu.

Jangan kata kuih raya, baju berlonggok atas katil bilik kanak-kanak tu pun tak bersentuh. Jadinya bila susah nak mencari, kanak-kanak nie semua pon berpakaian ala-ala mix & match dan color blocking huhuhu.

Tahun nie lah raya paling sempoi kot… Takpelah. Tunggu bebudak nie dah besar nanti baru happening sikit.

Ada 3 lagi hari untuk mempertingkatkan amal di bulan bonus ini. Chaiyook chaiyook! Insya Allah. Mari berlast minute (bermaksud pulun hokay) di minggu Lailatur Qadar!

Advertisements

Chicken pox

2 minggu lepas Na’im kena chicken pox. Mana dia dapat pon tak tahu. Orang kata, bila mengering kuping kat badan maka akan berjangkitlah ke orang lain. Untuk yang belum pernah lagi kena lah sebab setiap orang akan kena sakit nie paling kurang sekali seumur hidup.

Sekarang, 3 orang adik Na’im sudah kena. Muaz merata satu badan. Anas banyak kat kepala. Widad pula area punggung. Merengek jer dia. Kasihan.

Aidilfitri lagi seminggu setengah. Hopefully mereka akan sembuh sepenuhnya menjelang raya nanti.

Permudahkan dan berilah kesembuhan kepada anak-anakku ini ya Allah.

Rezeki Ramadhan

Beberapa hati nie anak-anak dok merengek minta Domino’s Pizza. Siap demand nak filling pepperoni lagi. 3 hari lepas setelah clear gaji abah, makanya mak pun buatlah tempahan online. 2 regular pizza + cinnastix + choc lava.

Lagi 17 minit nak buka, pizza pun tiba. Ah no no no!!! Mak lupa nak habaq ke abah menu yang diminta. Atas meja ada 2 regular pizza + banana kaya + 1 botol Mountain Dew. Pizza boy sudah salah bagi order huhuhu. Abah report ke customer service.

“Puan, puan makan pizza yang sampai tu, kejap lagi kami akan hantar pizza puan. Puan tak perlu bayar lagi”

Rezeki anak-anak. Puas makan dari buka, sahur dan buka lagi hehe.

Terima kasih Domino’s Pizza!