Hari Raya Aidil Adha 2012 [1]

Skudai – Klang – Manir – Besut – Rantau Panjang – Klang – Skudai

Pergh! Bayangkan jer lah yang indah-indah. 5 hari 4 malam punya perjalanan. Seronok tetapi sangat meletihkan. Hari nie badan dah rasa sakit-sakit dan selsema juga. Moga dapat bertahan dan cepat sembuh.

Tahun nie Aidil Adha disambut di Klang. Khamis dah mula bercuti tetapi petang baru bertolak balik kerana hantar kereta untuk servis. Cuma tukar tayar jer tak sempat. Tawakkal sajalah. Sesungguhnya tayar dah benar-benar botak!

Tengahari Jumaat baru bertolak ke Terengganu. Kononnya nak gerak lepas solat Aidil Adha, namun atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan makanya petang baru gerak.

3 kereta. Hala tuju ke rumah Che Ana dulu. Dalam pukul 8.00 malam, sampai ke destinasi. Alhamdulillah. Bermalam di sana.

Pagi, selepas bersiap dan bersarapan maka bergeraklah ke rumah Che Ani di Mengabang Telipot. Seterusnya ke Besut. Jemputan rumah kak Yati. Kecil sungguh dunia. Adiknya kahwin dengan anak kawan baik abah… kalau tak kerana berada di Mekah, mesti abah jadi rombongan pihak lelaki…

Selepas singgah di rumah Che Ana di Besut, perjalanan diteruskan ke Rantau Panjang. Rumah ibubapa Mira. 

Sampai dalam pukul 5.30 petang. Kami terus berangkat ke tepi sungai Golok. Naik perahu untuk ke Pasar Mundok. Pusing sekejap jer kerana pasar nak tutup. Lagipun, mereka kata jualan tak semeriah dulu kerana pasar ini baru dibuka semula setelah agak lama ditutup atas faktor-faktor keselamatan.

… akan bersambung.

Konvokesyen UTM ke-49

Alhamdulillah. Selesai sudah konvokesyen UTM kali ke-49. Konvokesyen terbesar pernah dibuat. Hampir 7000 pelajar. 4 hari, 7 sesi. Pergh, kejang tangan juga menekan ENTER.

Dalam sejarah juga, tak ada sebarang belian yang dibuat di fesco (festival konvokesyen). Hanya makan, makan dan makan. Sup utara, nasi kukus ayam berempah, durian goreng, aiskrim goreng, sata, bla bla bla… berhemah sungguh berbelanja.

… apa pun, hati masih rasa tak best bila artis perempuan dan lelaki dengan persembahan yang tidak membawa “manfaat” dibenarkan membuat persembahan pentas. Ciri-ciri keislaman UTM macam dah semakin hilang pula rasanya.

Berdasarkan pemerhatian selama setiap hari ‘mengukur’ tapak pesta, bila artis yang datang, student akan berduyun-duyun. Tetapi, bila bicara ilmu dan forum perdana… penat juruacara memanggil penonton memenuhi kerusi tetapi bilangan yang menyahut sangat menyedihkan.

Harapan, semoga UTM terus berada di bawah limpah rahmat Allah swt sebagai sebuah tempat mencari dan berkongsi ilmu.