Konvokesyen Tadika Ihsan UTM 2012

Pagi ini ada majlis konvokesyen tadika Na`im dan Muaz. Seawal 7.30 pagi mereka berdua telah dihantar ke Dewan Banquet, CSI untuk dipersiapkan oleh guru-gurunya.

9.00 pagi majlis bermula. Muaz terlibat dengan boria. Tak berapa jelas apa ceritanya. Yang dapat ditangkap cuma “ewaaaah!”. Na`im dan rakan-rakan pula buat story telling. Tajuk cerita, The Little Red Hen. Dia jadi kucing.”Not I! Meow meow!”. Hahaha so sweet.

Kasihan abah tak dapat tengok persembahan mereka. Terpaksa balik rumah ambil persalinan. Diaper Anas sudah pecah. Padahal baru salin. Nampaknya kena cari Pet Pet juga. Drypers memang tak sesuai dengan Anas.

Seronok rasanya dapat pergi majlis kali ini. Tahun lepas tak dapat pergi kerana masih berpantang. Cuma tak seronoknya, bila persembahan bermula mulalah para penonton berdiri dan berkerumun di hadapan. Kami yang kat belakang nie cuma dapat penumpang iPad mereka yang merakam hehehe. Maybe disebabkan pentas yang agak rendah, mereka berkerumun di hadapan untuk mengambil gambar dan merakam video. Lain kali boleh cadangkan ke pihak penganjur untuk tinggikan sikit pentas tersebut. Okay ke pihak penganjur?

BTW, TAHNIAH untuk Na`im. Pelajar terbaik untuk kelas Al-Razi. Alhamdulillah. Semoga Na`im lebih berjaya dimasa akan datang dan jadi contoh yang baik buat adik-adik yer? Sayang Na`im.

Muaz, ada setahun lagi untuk Muaz tunjuk bakat. Jangan kuat merajuk. Nanti cemana nak jadi pelajar terbaik? Sayang Muaz juga.