Manisah Salim (1920-2012)

Allahyarham embah telah pulang menemui Allah swt pada awal pagi ini. Moga roh embah berada dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Al-fatihah.

Banyak sangat kenangan bersama embah yang tak akan boleh dilupa sampai bila-bila. Seorang yang sangat penyabar, pembersih, cermat, dan pandai memasak.

Kalau kena marah dengan emak, rumah embah lah tempat kami melarikan diri. Siap bawa bekal bagai. Termasuk beras dan bawang. Siap angkut adik-adik sekali tu. Kelakar betul kalau nak dikenang. Balik kerja nanti, abah akan datang menjemput bila tengok anak-anaknya tiada dirumah.

Embah, kalau masak apa saja semua sedap. Waima sambal belacan dan ikan goreng jer. Paling best, tumis terung dan roti canai. Kalau teringat memang boleh meleleh air liur.

Sekarang, semua tinggal kenangan. Moga embah tenang di sana bersama abang Bunari, orang yang paling embah sayang…