Satirah Kassim (1918-2013)

Allahyarhamah embah buyut (nenek kepada emak) telah kembali ke rahmatullah pada pukul 4.00 pagi tadi. Embah buyut pergi pada genap 11 hari umat Islam berpuasa. Semoga roh embah buyut ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

2hb Jun 1981. Tarikh lahir yang tercatat di sijil kematiannya. Kalau ikut cerita allahyarhamah, dia lahir lebih awal dari tarikh tersebut. Jadi, umur sebenar embah buyut mungkin menjangkau seratus tahun.

Emak paling terasa kehilangan neneknya. Berpuluh tahun emak tinggal berjiran dengan embah buyut. Namun, 4 tahun lepas kami telah berpindah ke rumah baru. Masih sekampung cuma jarak sekilometer jadi pemisah.

Sejak itu, kami jarang-jarang dapat berborak dengan embah buyut. Dia seorang yang gemar ketawa dan paling penting tidak suka mengumpat. Bila dengar orang bercerita berkenaan perkara yang tidak suka didengarinya, dia akan berkata “emboh aku orak tahu”.

Seorang yang cermat dan pembersih. Seorang yang mementingkan kesihatan. Dihujung-hujung hayatnya, dia rajin berjalan-jalan sekitar kampung pada setiap awal pagi. Juga seorang peminum jamu yang tegar. Kerana itu, beliau jarang sakit dan panjang umur.

Banyak kenangan yang hendak diceritakan. Namun biarlah ia tersemat dilubuk hati. Semoga roh embah buyut sentiasa dibawah limpah rahmat Allah swt. Insya Allah. Amin.

Advertisements

Ramadhan 1432

Hari ini hari pertama berpuasa. Kali ini, Na’im pun baru belajar berpuasa. Bila bersahur, tiba-tiba tak pandai nak makan sendiri. Kena bersuap pula.

Selamat berpuasa semua. Moga Ramadhan kali ini, segala amalan yang dibuat akan lebih baik dari yang sebelumnya. Insya Allah.