Aidilfitri 1432

Sana sini orang update tentang raya. Ada juga yang update tentang anak-anak yang tidak sihat.
Begitu juga Widad. Dah 3 hari demam. Bila malam, badan akan jadi panas.
Kelmarin dia muntah dikatil yang berat itu. Ini, baru selesai maknya bersalin pakaian di R&R Seremban. Nasib baik muntah bau durian. Kalau masam, mau kosong sama perut mak dia.
Moga Widad dan anak-anak lain segera sembuh kerana esok akan raya. Sesungguhnya hari raya adalah hari yang indah untuk anak-anak.
Salam Aidilfitri. Maaf zahir batin.