Moga segera sembuh…

Hari ini EL. Muaz, Anas dan Widad demam panas. Musim demam katanya. Anas dan Widad agak teruk kerana muntah-muntah juga. Na’im masih boleh ke sekolah. Moga dia baik-baik saja.

Agak pening kepala maknya. Semalam tak tidur dok menuam badan mereka.

Ya Allah maha penyembuh, sembuhkanlah anak-anak ku. Kurniakanlah kesihatan yang baik kepada mereka. Amin amin amin, ya rabbul alamin.

Advertisements