Pisang berangan!

20131012-121615.jpg

Hasil tuaian pertama. Alhamdulillah. Ada 7 sisir. Besar-besar pisangnya. Lebih besar dari pisang montel. Cuma lambat tebang, beberapa biji dah dimakan musang dan burung. Tak mengapa, rezeki mereka juga!

Advertisements

Notebook dan tudung baru!

Alhamdulillah. Dua perkara menggembirakan untuk hari ini.

1. Latitude E6330

20131011-155728.jpg
Dapat notebook baru dari jabatan. Siap dengan cooling fan dan tetikus berjenama Targus. Eyah eyah! Silalah tingkatkan daya kerja anda!

2. Jualan tudung Ariani!

20131011-160041.jpg
Sale sempena Hari Raya Aidiladha. Beli tudung untuk pergi kerja. Lycra. Sehelai RM15.00. Tujuh helai kena rembat! Ehem ehem.

iOS 7 di iPhone 5 ku!

Dalam pada tak berkenan dengan iOS 7, akhirnya semalam upgrade juga. Banyak pro dari kontra sebenarnya.

Apapun, faktor yang menyebabkan terbuka hati nak upgrade ialah AirDrop. Lebih pantas untuk on dan off wifi serta ada lampu picit juga. Selain ada shortcut untuk kalkulator.

Untuk icon, suka lagi style yang lama. Mungkin sebab aku dah tua kot. Version nie, icon agak macam candy pula.

Begitu juga Notes, suka lagi style lama yang bergaris tu. Nampak macam tulis nota betul. Dan fontnya juga sesuai. Yang baru nie hilang ciri-ciri mencatat nota di kertas.

Apapun, so far so good. Dah upgrade pun. Macam no turning back jer hihihi.