Heboh jer yang lebih

Kali pertama aku pergi SureHeboh (masa tu belum tukar ke JomHeboh) 3 tahun dulu. Lokasinya di Dataran Bandaraya… Danga Bay tak siap lagi. Masa tu bujang. Pergi dengan adik-adik aku. Sesaja nak merambu. Pergi masa malam konsert. Pergh! memang sesak!. Walaupun hujan tapi tetap layan. Kasut bukan penuh air, tapi penuh selut. Nyaris ada belut!. Niat pergi memang untuk berlibur. Untuk tengok-tengok gerai, tengok-tengok orang, cuci-cuci mata. Yeh enjoy!.

9hb hari tu aku pergi lagi. Kali ni JomHeboh. Bertempat di Danga Bay. Status dah berbeza. Bukan bujang, tapi beranak 1 bakal masuk 2. Kali ni aku pergi dengan SMI, mak, dan anak-anaknya. Dia pernah memborong masa JomHeboh tahun lepas. Barang-barang murah katanya. Jadi, niat aku pun dah berubah. Bukan merambu tapi nak menyapu mana-mana barang keperluan (susu anak, beras, atau apa-apalah yang ada).

Janjinya pukul 7.00 pagi nak gerak untuk elak sesak. Sarapan dalam perjalanan. Malangnya kami kesedaran jam 7.00 pagi. Gara-gara melayan Na`im yang terlalu excited nak pergi agaknya sampai tak boleh tidur. Sepanjang perjalanan, puas kami disindir dek mak SMI hahaha. Mana taknya, jam 7.00 pagi mereka dah siap tapi pukul 8.00 pagi baru kami sampai.

Sampai di Danga Bay, orang dah ramai. Parking pun agaklah jauhnya.

Shopping pusingan pertama. Penuh 2 stroller dengan barang. Selain driver, tugas lain abang ialah tukang hantar barang ke kereta. Sepanjang perjalanan ke kereta, yang kerling ada, yang angkat kening pun ada, yang peramah mula bertanya. Apa taknya, kepenuhan stroller mengalahkan lori balak curi. Sampai tertumbang tengah jalan!.

Shopping pusingan kedua. Barang tak banyak sebab stroller dah penuh dengan orang. 2 orang budak yang kepenatan. 1 lagi budak dah terlekat kat pinggang aku. Meragam. Lepas borong susu, berangkatlah kami pulang.

Setelah puas melepas lelah di rumah SMI, kami singgah ke Jusco. Beli puting susu Na`im. Aduilah, Jusco tengah offer Dutch Lady 1-2-3. Murah 0.52 sen dari JomHeboh. Haiyyak! tepuk dahi. Aku telah kerugian 9 x 0.52 sen = RM 4.68. Hahahahampes!.

Balik rumah mula berkira-kira barang yang lain. Banyak rugi dari untung sebenarnya. Aku tak nak pergi JomHeboh lagi!.

Advertisements

Pinjam tangan boleh?

Wah wah wah sungguh sibuknya.Nak bernafas pun tak kecukupan lubang hidung. Penangan cuti tidak ke lab sepanjang minggu lepas makanya segala kerja tertangguh perlu lah diselesaikan minggu ini juga.

Rancangnya hanya bercuti Jumaat, sebab nak kena pergi Pejabat Pendaftaran Negara Simpang Rengam. MyKid si Na`im dah lama siap tapi tak terambil. Isnin dan Selasa cuti Tahun Baru Cina. Sambung lagi ke Rabu dan Khamis untuk selesaikan urusan tertangguh di Kelang.

Tidur semalam di kampung dan bertolak ke Kelang paginya lalu jalan bawah. Kononnya sesudah subuh bertolak, tapi terpaksa mengikut piawaian orang telah beranak makanya pukul 11.00 pagi baru gerak. Singgah rumah Mid di Muar untuk makan tengahari sambil-sambil melawat rumah barunya. Terima kasih Mid atas layanan yang diberikan. Sungguh lazat asam pedas ikan pari tu! Dan sungguh berbaloi Mid rumah tu.

ikea.jpg

IKEA… honeymoon di sini. 2 tahun lalu. Macam kelakar kan?. Teramat gumbiranya bila dapat ke sini lagi. Mak memang best. Bak kata Fara Melodi… Layaaaaan!. Layan ajer lah menantunya yang ting-tong ni dengan sabarnya. Mak, nanti kalau kita dah dapat gaji tertangguh tu kita shopping sakan kat sini yeh?.

2gigi1.jpg

Ini budak sudah bergigi empat. Mencokot aje kerjanya… sabar aje lah.

Mabuk budu

Pergh! Letih tapi seronok!

Standard keretapi memang sering tergelincir dari jadual. Kalau tercatat ditiket masa tiba 2129, sila tambah sejam lagi. Tapi kalau keretapi dah sampai, sila melompat naik secepat mungkin kerana ia hanya berhenti untuk 2 minit sahaja. Tak percaya? Cubalah!. (Emm, masa naik kat Wakaf Baru tepat pulak masa sampainya…)

Dah sampai mana ni? Lama lagi ke nak sampai? Pukul berapa ni? Penat lah aku duduk kat atas katil ni. Macam duduk dalam keranda!

Ehehe mak. Kali pertama jalan jauh. Tak pulak mabuk. Bak kata mak, “itu semua kuasa tuhan”. Alhamdulillah, tertunai juga janji aku kat Ana.

Travel dengan abah memang best. Bekalan sentiasa ada. 1 beg khas penuh dengan “ration”!

Walaupun ini yang entah ke berapa kali ke sini, tak pernah puas berjalan. Mungkin kerana “kerasan”, seronok aje berada di sini. Cuma kasihan baby Na`im. Masa ni lah pula gigi sulung nak keluar. Sibuk melayan gigi sampai lupa nak berkumuh! Tak sekali pun dia buang air besar kat sana.

Pergi berenam, balik berempat. Andy dan emak tinggal lagi. Mek, Ayoh, Kak Ma dan keluarga – terima kasih layan kami dengan baik. Mek! nasi kerabu Mek memang the best in the world!

“Lain kali datang lagi, bawak lori!” Hahaha yolah abang. Kali ni ke Pantai Irama, akan datang ke Pantai Cahaya Bulan.

Tak puas makan budu pun ya. Kalau orang Kelantan makan budu cecah ulam, kami makan budu curah ke pinggan hahaha sah mabuk budu!