Knife

Knife…
Cuts like a knife
How will I ever heal
I’m so deeply wounded

Advertisements

Hilang dalam terang

Pahlawan Melayu Melaka pernah berkata “Ta` kan Melayu hilang di dunia”. Tapi belum apa-apa bahasanya sudah hilang dahulu.

Sama seperti Tuah, ia telah menjadi sejarah. Ukiran Tuah masih dapat dilihat di Muzium Negara terpahat bersama kata-kata hikmatnya. Tetapi Bahasa Melayu, bagaimana pula ukirannya?.

Malunya aku sebagai bangsa yang tidak mempunyai bahasa. Melayu kah aku?

Televisyen

Dulu masa engkau kecil, di rumah engkau ada televisyen tak?. Rumah aku tak ada. Aku orang susah, jadi daripada beli televisyen lebih baik bapak aku beli susu tin Cap Junjung untuk anak-anak dia yang berderet paku ni.

Masa tu engkau suka tengok cerita apa? Aku suka tengok Ultraman. Kalau aku nak tengok Ultraman aku mesti pergi rumah jiran. Ada duit aku bayarlah sepuluh sen. Tak ada duit, aku buatlah muka sepuluh sen. 

Televisyen tu kecil aje. Tak pasti televisyen berapa inci sebab masa kat sekolah tadika KEMAS cikgu tak ajar ukuran inci. Masa tu tak ada karen. Jadi televisyen tu guna karen dari bateri yang macam bateri kereta. Bila nyawa bateri tinggal nyawa-nyawa Ultraman… nit not nit not, dia orang akan bawa ke kedai untuk dicas balik.

Angan-angan aku, bila besar nanti dan ada duit aku nak beli televisyen sendiri.

Bila dah kerja dapat juga aku beli televisyen. Terpaksa beli sebab kawan serumah dah kahwin jadi dia bawa televisyen tu pindah ke rumah baru bersama teman baru.

Televisyen 21 inci. Tunai RM 800.00. Hutang kad kredit kawan. Beli pukul 11.00 malam. Tak mampu dah nak tunggu esok takut kesawanan sebab aku rasa macam tak boleh hidup kalau tak dengar jugak bunyi televisyen membebel.

Eiii rasa macam nak humban aje televisyen tu. Jual lelong ke… sengal. Cakap televisyen lebih laku daripada cakap aku…

Tentang cinta & cemburu sang hati

Suatu ketika dahulu.

Hati tahu kisah mereka kerana hati dekat dengan mereka. Hati cuba untuk tidak ambil tahu sebenarnya kerana hati takut terguris. Tetapi, kedegilan hati menyebabkan hati sanggup terguris sedikit untuk ambil tahu juga perkembangan kisah mereka. Kerana? kerana apa ya Muhammad Adip? (hahaha terpengaruh sekejap dengan Dunia Baru!). Kerana, sebenarnya hati ada “hati” (cinta?) dengan seorang daripada mereka.

Itu cerita dahulu.

Sekarang. Hati gembira. Hati berbunga-bunga. Kerana? kerana hati akhirnya berjaya mendapat cinta itu. Tetapi, hati tidak tahu bahawa cinta datang bersama pakej cemburu!. Ya, sifat ingin tahunya nanti akan berkadar terus dengan perasaan cemburu.

Hati tetap ingin tahu apakah kisah mereka selepas “suatu ketika dahulu”. Hati tahu sebenarnya, kalau hati tahu kisah mereka selepas “suatu ketika dahulu” hati akan terguris lagi. Tetapi, kedegilan hati juga menyebabkan hati sanggup terguris sedikit untuk ambil tahu juga perkembangan mereka selepas “suatu ketika dahulu”.

Hati dapat apa yang hati cari. Tetapi hati terguris dengan sangat pedih. Hati dapat satu pengajaran. Rupa-rupanya gurisan “sekarang” adalah lebih pedih dari gurisan “suatu ketika dahulu”. Kerana? kerana gurisannya telah ditebalkan dengan perasaan cemburu. Dan, hati juga dapat satu lagi pengajaran. Hati tidak boleh terbalikkan masa silam walaupun jam pasir boleh ditonggang-terbalikkan.

Kasihan. Hati akan merasai kepedihan dari gurisan yang tebal itu sepanjang hayatnya. Kasihan. Hati yang gembira di suratannya tetapi kepedihan yang tersirat sebenarnya. Kasihan. Hati hadapi semua ini hanya kerana cinta.

CINTA | Buta kerana tiada mata. Suci kerana tiada hati. Cinta adalah cinta.

p/s: Jangan minta hati untuk melupakan sahaja sifat ingin tahunya itu untuk tenang. Kerana? kerana sudah sifat hati untuk mudah memaafkan, tetapi sukar untuk melupakan.